Assalammualaikum.
Sekadar berkongsi pengalaman untuk menjana pendapatan sampingan.
*bagi aku sampingan la sebab sekali sekala.
Sejak balik dari Langkawi, aku mula buka laluan baru untuk roadtrip atau tour driver untuk permintaan dari beberapa program.
Memandangkan aku kat Bentong, tempat-tempat sekitar 150km radius boleh dilawati setiap hari.
Permintaan yg aku dapat adalah dari guest kat Couchsurfing, Airbnb, Homestay dan Workaway.
Point pick-up aku samada Cameron Highland, drop off kat Kuala Lumpur.
Begitu sebaliknya.
Tempat yang aku drive dorang adalah seperti Kuala Tahan, Kuantan, Kuala Gandah, kolam air panas Bentong, air terjun Chamang, Lembah Temir, Lata Lembik, Janda Baik, Bukit Fraser dan paling pasti aku akan susun jadual tu antaranya yang wajib adalah pasar malam Mempaga.
Pendapatan buat masa ni memang boleh dikira takde atau tak menentu sebabnya aku dok bina profile dan kumpul feedback dulu.
Mana yang masuk tu lebih kepada 'gratuity' atau saguhati dari guest.
Sambil aku belajar tuk 'ngecheong' berkenaan semua tempat yang kami lawati ni.
Oleh kerana bersangkutan dengan urusan tanam semula lot aku 7 ekar dengan kelapa sawit nanti, kebanyakkan benda ni akan ada kaitan.
Setakat hari ni aku baru terima 3 permintaan.
Aku kongsi skit pengalaman aku kat sini.
Tetamu pertama adalah group dari UK.
Max, Grace dan Bex.
Grace dgn Bex ni dalam program Workaway.
Aku ambil dorang kal Cameron Highland, bermalam di Taman Negara dan drop Grace dgn Bex kat Kuantan untuk program dorang.
Max dgn aku spend masa kat umah kakak aku kat Lepar Hilir.
Waktu ni sempat explore Teluk Cempedak dan air terjun Berkelah.
Lepas tu aku dgn Max balik Bentong.
Kat umah aku, kebetulan rambutan masak ranum.
Untuk 'USA' atau Unique Selling Approach yang terlintas kat benak aku waktu tu adalah tuk 'eksploit' si Max ni.
Taktik menjadi.

paid

paid dalam masa sejam tuk sesi pertama jual rambutan tu kami kumpul rm170. *4kg rm10
Untuk sesi kedua plak sejam juga, rm215.
Kira ok la kan?
Kemudian lepas 2 awek tu habis program dorang, aku gi ambil dorang kat Kuantan dan drop kesemua mereka kat KL.
Total 'gratuity' yang aku collet dari 3 orang ni..rm850
Then selang 2 hari lepas tu si Max ni refer kenalan dia jumpa kat KL, Jamie.
Tak sangka akan terima 2nd guest secepat tu.
Selama 4 malam tu si Jamie ni hulur kat aku rm265 waktu aku cicirkan dia kat Cameron Highland.
Lepas tu aku sambung rutin harian aku sebagai nelayan darat.
Minggu lepas aku cater group 3 orang dari Ukraine bawah program Couchsurfing.
Olya, Yuri dan Dima.
Alhamdulillah positif juga feedbacknya.
Ni yg tgh request ada beberapa.
Dari Russia, France, Turki, Mesir, Vietnam dgn Thailand.
Memandangkan rumah aku ni tak berapa sempurna, aku perlu jelaskan situasi supaya tak timbulkan rasa janggal pada tetamu aku.
Memang ada potensi untuk korang cuba offer roadtrip ni klau ada kelapangan dan rasa mampu tuk communicate dgn baik.
Cam aku, aku pegang tuk 10 guest aku attend ni adalah tuk aku 'jual' service aku dulu.
lebih kepada 'spend' dulu dari income.
Kot ada member yang offer perkhidmatan sama dan sudi berkongsi pengalaman, amatlah dialukan supaya aku terlintas nak offer pada guest aku akan datang.