TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,504
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,504
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR - Seorang peniaga bukan sahaja terkejut, malah buntu memikirkan wang dalam simpanan bank berjumlah RM5,000 lesap
Mangsa, Nor Hasliza Edinan, 39, berkata, perkara itu disedarinya pada 26 September lalu sewaktu membuat pemindahan wang ke akaun lain untuk bayaran ansuran kereta
Menurutnya, keesokan harinya dia ke bank sama terletak di Jalan Raja Laut untuk membuat semakan semula dan mencetak penyata akaun
“Saya cuba dapatkan penjelasan di kaunter pertanyaan selepas sedar duit saya dikeluarkan lima kali pada tarikh 2, 9, 15, 20 dan 26 September
“Laporan polis dibuat bagi membolehkan saya periksa rakaman CCTV dan kesemua pengeluar pada waktu itu adalah individu berbeza termasuk salah seorang daripada mereka adalah kawan saya,” katanya
Nor Hasliza berkata, dia sudah menggunakan perkhidmatan bank tersebut lebih 10 tahun dan hanya mengalami permasalahan itu selepas menukar kad ATM baharu
“Terdapat beberapa kekeliruan untuk kes saya ini termasuk tarikh kawan saya berurusan di bank tak sama dengan tarikh duit saya hilang, tapi imejnya dirakam CCTV. Kawan saya juga dipanggil polis untuk bantu siasatan
“Saya berharap kes saya dapat diselesaikan segera dan duit itu dikembalikan sebab ia adalah wang pinjaman yang mahu digunakan untuk bayar tunggakan kedai," katanya
Katanya, dia berharap pihak bank dapat memberikan kerjasama dan membuat siasatan dalaman jika berlaku kesilapan di pihak kakitangan mereka
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/rm5-000-lesap-dalam-akaun-1.571659