BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM28 bilion untuk sara imigran

up satu kali lagi. bukan apa, takut yang malas membaca duk komen yang bukan2 lagi. orang malaysia ni rajin komen malas membaca. :D

:)cgrock


kuwait, uae, qatar tak ambik ke?

wallaualam...kalu ada news nanti aku update. cuma setakat ni...negara2 tu dah salurkan berjuta2 dolar utk rakyat syria melalui turki. dan ada jgk salurkan bantuan sokongan utk mujahidin2 di syria
 
negara2 yg suka menolong dlm kesusahan mcm Saudi mmg akn berterusan maju,aman dan makmur.wlaupn Negara tu bukan Negara islam skalipun mcm jerman,us,uk dll yg sudi amik pelarian
..manakala Negara yg asik dok 24jam berperang,lambatlaun akn jadi Negara padang jarak padang tekukur.tunggu masa jah
 
pelarian bangladesh 1.5 juta bile nk smpai? x sabar nk sambut diorg
 
Kerajaan Malaysia pun masih menyara bil hospital imigran. Sepatutnya tolak mana yang tidak ada mykad, suruh mereka pergi klinik atau hospital swasta sahaja.
 
xder masuk sini ker. nak jgk kawin dgn org siria
 
Info tambahan:

Laporan palsu: Arab Saudi tidak mengambil pelarian dari Syria

Menurut Amnesty International, Arab Saudi merupakan salah sebuah negara teluk yang tidak menyediakan tempat untuk pelarian Syria. Ini dikuatkan lagi oleh Luay Al Khatteeb, seorang nonresident fellow di Brookings Institution:

COCZJqlWsAAWT7h.png



Namun, pada masa yang sama, UNHCR menyatakan terdapat 500,000 orang Syria tinggal di Arab Saudi.

Ini kata seorang rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di Arab Saudi (yang mahu dirahsiakan namanya) untuk menerangkan situasi ini:

Kemasukan warga Syria ke Arab Saudi adalah melalui Haji atau Umrah, dan harus memperbaharui status mereka kepada Iqamah setelah tamat tempoh.

terima kasih atas info, jazakallah
 
8/9/2015
Kem pelarian (foto atas) terletak di Calais, Perancis diberi jolokan "the Jungle", dimana para pelarian daripada negara yang dilanda peperangan dilayan seumpama haiwan, dibiarkan hidup dalam keadaan daif tanpa kemudahan asas dan pembelaan daripada mana-mana badan/organisasi kebajikan. Pada masa yang sama pihak berkuasa Perancis sedang cuba menghantar mereka pulang ke negara asal manakala UK melarang terus pelarian ini daripada memasuki sempadannya.

Foto dibawah adalah kem pelarian yang lebih sistematik terletak di selatan Turki yang dibiayai bersama oleh kerajaan Saudi boleh menempatkan lebih daripada 2 juta orang pelarian. Para penghuni di kem ini dibantu oleh para sukarelawan dan turut disediakan kemudahan sekolah, padang permainan, pasaraya dan kemudahan awam yang lain.

Negara Turki sahaja telah membelanjakan hampir €5 bilion untuk program penempatan pelarian, manakala bantuan tidak seberapa daripada negara-negara Kesatuan Eropah hanyalah sekitar €400 juta sahaja.

11057316_893188867383020_3971770588461711516_n.jpg




2/9/2015
Lebih 20,000 warga Austria berhimpun di bandaraya Vienna, Austria mendesak supaya diterima pelarian-pelarian dari Syria. Kempen yang menggunakan 'hashtag' ‪#‎refugeeswelcome‬ ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

11988608_890382450996995_6048956788091339859_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register