TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
TOKYO: Dana kerajaan Jepun dan penyedia pinjaman firma elektronik Sharp berkemungkinan menyetujui pelan menyelamat baharu bernilai AS$5.5 bilion (RM23.8 bilion) minggu depan, kata sumber dengan pengetahuan rapat mengenai perkara itu hari ini
Rancangan itu adalah pelan menyelamat ketiga untuk syarikat bermasalah itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sharp juga perlu menimbang cadangan daripada pembekal Apple, Foxconn
Dana milik negara itu, Innovation Network Corporation of Japan (INCJ) dilihat sebagai pendahulu dalam usaha menyelamatkan Sharp kerana kerajaan Jepun mahu mengekalkan teknologi syarikat di negara berkenaan
INCJ menawar untuk melabur RM23.8 bilion di dalam Sharp, manakala bank bersedia menawarkan sehingga 350 bilion yen (RM12.86 bilion), termasuk sebahagiannya sebagai pertukaran hutang-ekuiti, kata sumber kepada Reuters
Firma Taiwan, Foxconn yang secara rasmi dikenali sebagai Hon Hai Precision Industry Co menawarkan 600 bilion yen (RM22 bilion) kepada Sharp
Namun, syarikat itu masih belum mengemukakan cadangan butiran pelan penstrukturan semula syarikat, kata sumber itu yang enggan dikenali kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media
INCJ merancang untuk menggabungkan perniagaan paparan cecair kristal (LCD) Sharp dengan pesaingnya, Japan Display
Dana itu adalah pemegang saham terbesar Japan Display, kata sumber berkenaan