BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risiko makan lewat malam

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
08hma40.transformed.jpg

DR S Subramaniam (tengah) memegang buku garis panduan kesihatan awam pada Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik ke-4 di Hotel MS Garden.​


Kuantan: Masih ramai rakyat di negara ini mengamalkan pemakanan tidak sihat terutama makan selepas jam 11 malam yang mendedahkan mereka kepada risiko masalah kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ia memandangkan budaya masyarakat di negara ini yang gemar keluar makan pada waktu berkenaan dan operasi premis makanan yang beroperasi sehingga lewat malam atau 24 jam.

Beliau berkata, situasi itu berbeza dengan keadaan di luar negara terutama di barat apabila kebanyakan kedai makan atau restoran menutup operasinya lebih awal.

"Di luar negara, susah kita hendak mencari makanan selepas jam 11 malam, tetapi di sini berbeza, ia sekali gus memberi kesan kepada gaya hidup kita.

"Ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi kita terutama untuk mengubah gaya hidup rakyat Malaysia dan mendidik mereka untuk memilih makanan bernutrisi serta baik untuk kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik Kali Keempat, di sini, semalam.

Subramaniam berkata, kerajaan sudah menyediakan pelbagai inisiatif untuk mendidik masyarakat memilih makanan bernutrisi, sekali gus mengubah tabiat pemakanan.

Beliau berkata, ini termasuk usaha kementerian memperkenalkan beberapa aplikasi khas secara percuma yang boleh dimuat turun ke telefon bimbit termasuk MyNutri App.

"Kita juga ada menyediakan satu aplikasi untuk mengira jumlah kalori diambil seseorang dalam pemakanannya, ia boleh dijadikan panduan, sekali gus mendidik masyarakat.

"Kita akan terus mendidik untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat bagi membolehkan satu transformasi minda mengenai jenis makanan sesuai atau tidak. Ia termasuk penggunaan media sosial," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperhebatkan usaha menggalakkan masyarakat terbabit dalam aktiviti rekreasi bagi mendidik mereka terhadap amalan gaya hidup sihat.

"Ini adalah satu cabaran untuk kita memupuk budaya membabitkan diri dalam aktiviti rekreasi.

"Saya sendiri sudah mencadangkan di Kabinet supaya semua projek perumahan perlu menyediakan ruang untuk berekreasi atau menjurus kepada kesihatan baik," katanya.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75923
 
biaselah tengah2 malam kuar lepak dengan kawan sambil2 tu makan sekali,budaya melepak amalan kita
 
Dah kalau kerja shift malam, konfirm lapar. Takkan nak makan biskut je. Kurang2 roti canai...
 
rakyat mesia suka dgn suasana nyaman & sejuk...sambil lepak2
so...timing yg sesuai..tgh malam la... :))

kan...tgh malam..kwan2 dah blik keje..rilex2..smbil tgok bola kt mamak ke..best oo..lepak dgn kwan2 dr kecik smpi ke beso.
 
Back
Top
Log in Register