BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risalah cemar Islam

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KOTA BHARU: “Saya bersyukur mendapat pertolongan Tok. Saya membalas jasa Tok dengan menderma sebahagian wang dan mencetak risalah untuk disebarkan kepada penganut lain supaya mereka boleh menjadi seperti saya,” demikian pengakuan seorang lelaki Islam selepas dikatakan memenangi sejumlah wang hasil berjudi nombor ekor dengan bantuan seorang sami.

Pengakuan lelaki terbabit disebarkan menerusi satu risalah menggunakan nama Sulaiman bagi memesongkan akidah umat Islam terutama mereka yang gila nombor atau sedia terjebak dengan kegiatan negatif itu.

Melalui risalah terbabit, lelaki berkenaan mendakwa menghadapi masalah kewangan dan mendapatkan bantuan sami berkenaan dikenali sebagai Tok Cai Bo Ting dengan membuat satu panggilan telefon.

Menerusi panggilan itu, Sulaiman meminta tunjuk ajar daripada sami itu untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan dihadapi.

“Tok menilik nasib dan memberitahu akan ada peluang memiliki kekayaan dan menyuruh saya membeli nombor 7007.

“Nombor itu memang menjadi memenangi hadiah pertama judi nombor ekor. Saya amat bersyukur,” katanya.

Selain meminta orang ramai menghubungi nombor tertera untuk sebarang tilikan, risalah diedarkan sindiket nombor ekor haram itu turut memaparkan gambar sami dimaksudkan bagi mempengaruhi kaki judi.

Pengakuan lelaki itu walaupun mungkin rekaan, tetapi sedikit sebanyak mencemarkan kesucian Islam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Ab Aziz Ab Rahman ketika dihubungi, berkata kegiatan pengedaran risalah judi yang menggunakan nama umat Islam itu seolah-olah sengaja menjatuhkan maruah dan mencemar kesucian Islam kepada masyarakat lain.

Beliau berkata pengedaran risalah menggunakan individu Islam itu mungkin boleh mempengaruhi umat Islam lain terutama kaki judi supaya percaya kepada tilikan dan bergantung nasib selain Allah.

mymetro online news.

chehh....kes camnie pun makin banyak......:(scam
 
elok lah tuh....

kaki judi dah jumpa dgn penipu....

dah sama2 kena tipu.....

hik3.......
 
elok lah tuh....

kaki judi dah jumpa dgn penipu....

dah sama2 kena tipu.....

hik3.......

kat sini pun ada gak org

tarok risalah/kertas promosi nombor nih......

keje org gila agak nyer.....
 
Kat tempat aku risalah ni, tengah diedarkan merata-rata...
sayangnya tak terserempak pulak ngan aku tu...

:mad::mad:
 
penah dapat risalah ni dua kali
wat semak letterbox jer
 
member aku penah call..
dia tu india, bkan islam la..
yg angkat tu konon2 pmbantu sami tu..
dia suro bank in duit dulu br akan bg nmbor..
 
member aku penah call..
dia tu india, bkan islam la..
yg angkat tu konon2 pmbantu sami tu..
dia suro bank in duit dulu br akan bg nmbor..
 
Back
Top
Log in Register