BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Tatatertib Pelajar Didakwa Cemar Al-quran Diputuskan Minggu Depan - UMPSA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
21e8add9d3d5597a5cf946ee0c2354f469a83eab52396

6361dff5e348c725415ab8070b5df9b069a83eddc4942

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof Dr Yatimah Alias (tengah) pada sidang media mengenai Program Kolobrasi UMPSA Bersama Media dan majlis berbuka puasa hari ini.
Turut kelihatan, Penolong Naib Canselor (Strategik Korporat) UMPSA, Prof Dr Kamal Yusoh (kanan) dan Pendaftar UMPSA, Datuk Saiful Bahri Ahmad.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kes tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan.

Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024 yang boleh dihukum sehingga dibuang daripada universiti, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kolaborasi UMPSA Bersama Media dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.

Semalam, penuntut berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas.

Bagaimanapun, S. Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.

 
Back
Top
Log in Register