balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
TUMPAT - Senario yang amat menakutkan kerana semua akan terasa kesannya. Baik peniaga, pengguna, pedagang atau pelabur semuanya dibelenggu kegusaran.
Semua bercakap pasal nilai mata wang ringgit semakin merundum. Cukup hangat! Faham atau pun tidak, ianya diperkatakan di mana-mana saja. Semalam bagi setiap AS$1, nilai mata wang Malaysia RM4.12.
Bagi yang faham ekonomi pula, senario ini sesuatu yang menakutkan. Lagi gerun apabila dikatakan keadaan ini paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada 1997/98.
Bagaimana pula dengan peniaga kecil di sempadan Thailand, di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor misalnya yang rata-ratanya berniaga barangan import dari Thailand.
Mereka hanya mampu mengeluh. Apa yang terdaya oleh mereka dengan kuasa yang dimiliki setakat suara di peringkat persatuan peniaga sahaja di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor itu.
Keluhan resah, “Susahlah cari makan sekarang ini, duit Malaysia jatuh, nak beli barang Siam mahal..nak balik modal pun sakit”.
Siapa yang akan mendengar rintihan mereka itu? Sampai mati pun suara mereka tidak akan mampu menstabilkan nilai mata wang Malaysia itu.
Mungkin kerajaan boleh campur tangan misalnya tambat ringgit kepada dolar seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 itu.
Tetapi teori ini tidak diguna pakai apabila Bank Negara Malaysia melalui Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengatakan keadaan sekarang tidak memerlukan langkah seperti itu.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/ringgit-jatuh-perniagaan-merosot-1.419618