strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika dan mata wang utama lain hari ini setelah sentimen belian meningkat.
Hingga jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.4620/4650 berbanding dolar AS daripada 3.4855/4875 pada Rabu.
Seorang peniaga berkata ringgit adalah antara mata wang Asia yang mengukuh berbanding dolar AS hari ini selepas Rizab Persekutuan AS membayangkan ia bersedia untuk menaikkan kadar faedah tahun depan.
Rizab Persekutuan mengakhiri mesyuarat dua hari semalam.
Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 2.9240/9273 daripada 2.9727/9754 pada Rabu dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 2.6349/6392 daripada 2.6697/6722 semalam.
Ringgit naik berbanding pound kepada 5.3973/3044 daripada 5.4712/4757 semalam dan meningkat berbanding Euro kepada 4.2676/2723 daripada 4.3457/3486 sebelumnya.
http://www.bharian.com.my/node/24028