BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rihanna bertudung di UAE

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
du_02.1.jpg


ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.

Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.

Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.

Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.

Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.

"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini. - Agensi
 
nnt klu nk dtg sini kena berpakaian mcm ni gak.
 
baguslah. saling menghormati. semoga dapat hidayah.
 
yes..dia hormat negara UAE wpun dia bkn org islam..cer dtg malaysia... :))
penyanyi k-pop dtg Malaysia rileks je pakai separuh bogel. Siap Menteri berjoget sekali lagi. :eek:

Itulah negara Islam Malaysia. :o
 
penyanyi k-pop dtg Malaysia rileks je pakai separuh bogel. Siap Menteri berjoget sekali lagi. :eek:

Itulah negara Islam Malaysia. :o

ala kt pantai2 malaysia pun slumber jer pelancong2 nk bogel.. :D
 
Back
Top
Log in Register