BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Rider jadi hero, bantu ambulans selamatkan nyawa pesakit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,482
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,482
Reaction score
1,681
Points
201


Rider jadi hero, bantu ambulans selamatkan nyawa pesakit


PORT DICKSON – Tindakan seorang penunggang motosikal membantu melancarkan trafik bagi membolehkan seorang warga emas dikejarkan segera ke Hospital Port Dickson, di sini semalam, berjaya menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Anak warga emas itu, Mohd. Hafizi Roslan, 39, berkata, ketika itu, dia memandu kenderaan berlainan di hadapan, manakala adiknya, Mohd. Helmi Roslan, 33, memandu kenderaan ayahnya, Roslan Abd Rahim, 65, di belakang.

Menurutnya, pada mulanya dia beranggapan perjalanan dari tempat meniaga mereka di Teluk Kemang akan lancar sekiranya dia berada di hadapan, namun anggapan itu meleset.

“Hari akhir cuti sekolah, kenderaan dah tak banyak sangat, namun kenderaan dipandu agak perlahan. Pada masa itu, ayah memang dah diserang sawan serta perlu dikejarkan ke hospital.

“Mujur ketika melewati sebuah rumah ibadat berhampiran bulatan di Sawah Sunggala, ada penunggang motosikal yang perasan serta membantu melancarkan trafik sehingga ke persimpangan hospital yang terletak kira-kira sekilometer,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Hafizi berkata, ayahnya kini berada dalam keadaan stabil, namun perlu dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi pemeriksaan lanjut di bahagian kepala.

Menurutnya, dia amat berterima kasih dengan tindakan pantas penunggang motosikal berkenaan serta telah menularkan video tersebut bagi mencari penunggang berkenaan untuk belanja makan di kedainya.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register