BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Remaja perempuan gadai nyawa selamatkan budak 4 tahun jatuh dalam tasik beku

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,479
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,479
Reaction score
1,681
Points
201


Remaja perempuan gadai nyawa selamatkan budak 4 tahun jatuh dalam tasik beku

Ningxia: Remaja perempuan berusia 13 tahun, Li Jiating, menerima pujian selepas berani 'masuk' ke Tasik Yuhai yang beku pada 6 Disember lalu, untuk menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh ke dalam air.

Memetik MS News, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain di tasik beku pada jam 3 petang, bagaimanapun ais yang nipis tiba-tiba pecah menyebabkannya terjatuh ke dalam tasik yang sejuk.

Media melaporkan, saksi kejadian segera menghubungi perkhidmatan kecemasan, pada masa sama takut mendekatinya kerana bimbang akan menyebabkan ais retak.

Li yang melalui kawasan itu dengan basikal ternampak kejadian terbabit dan berlari di ais tanpa ragu-ragu untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.


Namun, ketika menarik kanak-kanak itu, ais dipijak Li pecah menyebabkannya terjatuh turut ke dalam tasik.

Orang ramai di lokasi segera bekerjasama menarik remaja itu keluar dari air, manakala pasukan bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki berkenaan.

Pada jam 3.40 petang, kanak-kanak lelaki itu disahkan selamat, sementara Li meninggalkan lokasi tanpa memaklumkan identiti dirinya.

Menurut media tempatan pula, apabila bapanya bertanya mengapa dia pulang dalam keadaan basah, Li hanya berkata, dia terkena percikan air daripada lori tangki air.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak itu menyiarkan notis di media sosial bagi mencari remaja berani berkenaan.

Namun, bapa remaja berkenaan hanya mengenai kisah berani anak perempuannya daripada makciknya yang menghubungi mereka pada lewat malam.



Pada 8 Disember pula, Jawatankuasa Parti dan Kerajaan Daerah Tongxin menghadiahkan Li sebanyak 10,000 yuan (kira-kira RM5,804), manakala Hospital Rakyat Daerah Tongxin memberikan 'Pemeriksaan Perubatan Percuma Seumur Hidup'.

Syarikat e-dagang Alibaba pula menghadiahkan hadiah khas serta ganjaran tunai 5,000 yuan (kira-kira RM2,902) atas keberaniannya.
 
Back
Top
Log in Register