BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RHB Bank Terima Pengesahan Facebook

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 31 Julai - RHB Bank merupakan bank pertama di Malaysia yang menerima pengesahan daripada Facebook bagi halaman jenamanya dalam laman rangkaian sosial itu.

Dalam satu kenyataan Rabu, RHB Bank berkata pengesahan itu akan membezakan Halaman RHB daripada halaman-halaman RHB yang tidak sah, dan akan membina kepercayaan pelanggan dan peminat apabila mereka "like" halaman itu yang disahkan itu.

Ketua Pengurusan Jenama Korporat Kumpulan, Kishore Samuel, berkata pengesahan ini akan membolehkan RHB melaksanakan lebih banyak program kefungsian melalui platform yang telah menjadi platform komunikasi utama dalam kalangan warga Internet.

"Ramai dalam kalangan kumpulan sasaran kami merupakan pengguna Facebook dan dengan maklumat yang dikongsi oleh pengguna melalui Facebook, kami kini boleh lebih memahami demografi, tingkah laku dan sentimen pelanggan kami," katanya.

Rally, cabang media sosial agensi media, Universal McCann (UM), memainkan peranan penting dalam strategi media sosial RHB, yang telah berjaya menarik lebih 80,000 'peminat' dalam tempoh yang singkat sejak pelancarannya.
 
Back
Top
Log in Register