BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News RGB Lain 'Level', Papan Kekunci Ini Ada CPU, GPU & Skrin Terbina

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,565
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,565
Reaction score
7,740
Points
916
Finalmouse, sebuah syarikat pengeluar aksesori PC telah melancarkan sebuah papan kekunci mekanikal yang baharu. Apa yang menjadikannya papan kekunci ini lain daripada yang lain adalah kerana terdapat paparan animasi secara langsung dari bawah kekuncinya yang lutsinar. Papan kekunci mekanikal yang klasik mempunyai lampu RGB LED hanya untuk menambahkan elemen keseronokan sahaja. Untuk papan kekunci Finalmouse Centerpiece pula, papan kekuncinnya mempunyai 'interactive skin' yang beroperasi menggunakan Unreal engine 5. Terdapat paparan di bawah kekunci yang akan menyiarkan imej secara langsung agar pengguna boleh melihatnya. Terdapat paparan menarik yang ditunjukkan oleh Finalmouse seperti ikan koi, bunga dan banyak lagi.

Spesifikasi

Tiada spesifikasi yang diberikan lagi oleh Finalmouse seperti saiz, kecerahan, resolusi atau kadar segar semula. Namun papan kekunci ini dikatakan dikuasai oleh CPU dan GPU yang tersendiri. Oleh itu, sistemnya boleh disambungkan kepada mana-mana peranti sahaja menggunakan kabel USB-C. Mana-mana artis yang ingin menggunakan hasil seni mereka sendiri boleh memuat naiknya di akaun Steam. Mereka boleh memilih sama ada ingin memberinya secara percuma atau menjualnya kepada pengguna yang lain.

Pengguna boleh mematikan paparan tersebut menggunakan butang kawalan yang terletak pada sisi papan kekunci. Butang kawalan tersebut adalah termasuk kawalan kecerahan paparan berkenaan. Bahan gelas yang digunakan untuk Finalmouse Centerpiece adalah Laminated DisplayCircuit Glass Stack yang dilengkapi dengan casis aluminium. Pengguna dikatakan tidak akan mempunyai sebarang masalah semasa menggunakan Finalmouse Centerpiece walaupun bahan yang digunakan bukan sebuah kebiasaan.
Screenshot-19-768x432.jpg

Screenshot-34-768x432.jpg

Screenshot-26-768x432.jpg

Screenshot-32-768x432.jpg
Screenshot-27-768x432.jpg

Finalmouse Centerpiece dikatakan mempunyai bunyi yang unik seakan-akan bunyi titisan hujan yang lembut.

Papan kekunci tersebut akan tersedia pada awal tahan 2023 bermula dari harga $349(RM1,548).

Sumber:
YouTube
 
Back
Top
Log in Register