BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Microsoft Buang Kekunci CTRL Bagi Beri Laluan Kepada Kekunci Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Susunan butang papan kekunci yang anda sedang gunakan sekarang diperkenal dalam tahun 1984 dan telahpun jadi piawaian sehingga sekarang. Selepas lebih 3 dekad, satu kekunci akan dibuang bagi memberi laluan kepada kekunci khas untuk AI, seperti yang diumumkan Microsoft. Bermula tahun 2024, laptop yang menjalankan sistem operasi Windows 11 akan mula dilengkapi kekunci Copilot yang akan gantikan kekunci CTRL kanan berhampiran butang arah. Tidak setakat laptop, semua rakan ekosistem Windows juga akan mengikuti langkah yang sama seperti penghasil produk papan kekunci.


Satu info menarik yang mungkin anda berminat untuk tahu, kekunci berlogo Windows yang anda nampak di atas papan taip sekarang diperkenalkan dalam tahun 1994. Nampaknya Microsoft memang sehabis baik ingin menguasai industri AI untuk pengguna kebanyakan. Bukan sahaja mereka memperkenalkan butang Copilot, mereka baru-baru ini dilapor telah menjenamakan semula aplikasi pelayar web mudah alih Android dan iOS daripada “Microsoft Edge” kepada “Microsoft Edge: AI Browser”. Microsoft memasukkan AI ke dalam segala produk mereka. Sekiranya anda pengguna Microsoft Office, Copilot juga boleh digunakan pada aplikasi seperti Microsoft Word, Powerpoint, dan yang seangkatan dengannya bagi membantu kerja anda.

Sumber asal Windows
 
Back
Top
Log in Register