BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RFC vs KFC MC'D A&W

kozu

Legendary Member
gem
Messages
11,067
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,067
Reaction score
248
Points
133
Biasa makan di KFC??
Adakah makanannya Halal??
Kenapa Jakim tidak memberikan pengesahan halal kepada KFC??


Oleh Zainuddin Zain
[email protected]

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti **** yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

---------------------------------------------------------
Mengikut Jawapan yang dikemukan Jakim, KFC tidak termasuk dalam yang diberikan pengesahan HALAL oleh Jakim..

Mengikut Sumber yg boleh dipercayai jualan KFC jatuh 40% di kedah yang mana disaingi oleh RFC. KFC telah menyaman RFC kononnya meniru lambang KFC. dan saman tersebut bukan dari malaysia tetapi direct dari Amerika (Ibu pejabat).

Apa pendapat semua kalau RFC ni di kembangkan di Malaysia??
 

Attachments

Last edited:
Gambar RFC & Menu

rfcdepan.jpg


menu.jpg


drinks.jpg
 
dah ada ceriter ni... tapi kalau tak silap nak bukak RFC kena ada 1 juta....
 
dah ader ke?? kat mn tu tok putih..
td ader jugak saya cari.. tp tk jumpa hehe..
kl dah ader boleh lah delete yer mod...
 
ayam tu diternak dan diberi makan tongkat ali:-?:-?
leh power kalau makan ayam radix ni:D
 
Ayam dia sedap..ada rasa herba...harga mahal sikit berbanding KFC..tapi untuk support produk tempatan, better kita pilih RFC laa....

Setengah jam jugak aku beratur nak beli sabtu lepas....org berasak-asak kat RFC Shahab Perdana
 
Ayam dia sedap..ada rasa herba...harga mahal sikit berbanding KFC..tapi untuk support produk tempatan, better kita pilih RFC laa....

Setengah jam jugak aku beratur nak beli sabtu lepas....org berasak-asak kat RFC Shahab Perdana

RFC dah bukak cawangan ke bro??

ak pn tk update sangat ni, tp yg ak tau ader sebijik kt Kedah..
 
MILO dah xdak la bang..hehehee...milo dh dgantikan dgn radix coco sbb dlm milo tu ada bnd x elok..rujuk buku Halal dan Haram keluaran CAP.menu yg di atas tu menu lama...
 
layanz....
jom makan RFC...
sapa nak belanja...?
 
Back
Top
Log in Register