BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki si pengutip sampah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


MARANG - “Memang orang pandang hina, pandang rendah pada kami. Malah, hidup kami tidak ubah macam pelarian di negara sendiri,” demikian cerita seorang pengutip barang kitar semula di tapak pelupusan sampah Gong Tepah, Razli Abdullah, 53.

Menurut bapa enam anak itu, dia dan isterinya, Norizan Mohamad Nor, 44, sudah keluar dari rumah ketika kebanyakan orang masih lagi nyenyak tidur untuk memulakan kerja mengutip kertas, plastik dan kotak di tapak pelupusan sampah tersebut.

Pasangan ini juga menggeledah timbunan sampah sarap untuk mengumpul botol dan tin minuman serta besi terbuang sepanjang hari sehingga petang untuk dijual kepada orang tengah dengan harga serendah 20 sen hingga 30 sen sekilogram.

Itulah rutin harian pasangan terbabit yang hidup dalam keadaan agak susah sejak 12 tahun lalu dan hanya mampu menyewa sebuah rumah di Bukit Perpat, Wakaf Tapai di sini dengan bayaran sebanyak RM200 sebulan dan sebelum ini tinggal di Besut.

Mereka juga sudah lali dengan bau busuk sampah sarap dan sudah terlibat dalam pekerjaan mengutip barang-barang kitar semula ini sejak 12 tahun yang lalu bermula di sebuah tapak pelupusan sampah di Besut sebelum berpindah ke daerah ini.



Pendapatan tidak menentu

Pasangan itu turut mengakui pendapatan mereka tidak menentu kerana rezeki bergantung sepenuhnya kepada barangan kitar semula terdapat di kawasan timbunan sampah sarap seluas lebih kurang satu hektar yang dikelilingi dengan bau busuk itu.

Namun, pasangan terbabit tetap ceria menggalas guni besar di belakang badan manakala guni kecil diikat di bahagian pinggangnya sambil terbongkok-bongkok mengutip botol-botol dan barangan plastik di pusat pelupusan sampah berkenaan.

“Kami baru berpindah ke Bukit Perpat (di Wakaf Tapai) sejak empat tahun lalu dan sejak itu kami mencari rezeki di tapak pelupusan sampah di Gong Tepah, Marang. Pendapatan kami (berdua) pula tidak menentu, biasanya tidak sampai RM1000 sebulan.

“Kadangkala kami tidak dapat menyediakan belanja anak sekolah dan sering juga menghadapi masalah membayar sewa rumah kerana wang hanya cukup makan,” katanya ketika ditemui di tapak pelupusan sampah Gong Tepah, di sini, semalam.

Kemiskinan keluarga pasangan Razli dan Norizan itu menyebabkan mereka sekadar mampu menjalani kehidupan cukup sederhana dan terpaksa bergantung kepada wang simpanan sekiranya ada pada saat-saat terdesak itu, apabila jatuh sakit.



Mudah jatuh sakit

“Lokasi tapak pelupusan sampah di Gong Tepah ini, kotor dan berbau busuk sudah pastinya mampu menyebabkan kami berdua jatuh sakit kerana di sini adalah tempat pembuangan segala sampah termasuk sisa buangan manusia.

“Namun, sedar atau tidak, tempat busuk inilah menjadi lubuk rezeki kepada kami. Malah, hasil pendapatan itu kami gunakan untuk menghantar dua anak ke sekolah, seorang sedang belajar di tingkatan lima dan seorang lagi di tahun enam,” katanya.

Malah, mereka berdua berbangga kerana walaupun miskin, anak mereka berusia 17 tahun itu dapat meneruskan pengajian peringkat menengah di sebuah sekolah elit di daerah Setiu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elit Lembah Bidong.

Dalam pada itu, Norizan berkata, dia sepatutnya berada di rumah menguruskan anak-anak tetapi terpaksa membantu suami kerana keadaan kesihatan suaminya tidak menentu dan pernah menjalani pembedahan usus dua tahun lalu.

Menurutnya, sewaktu mula membantu suaminya melakukan kerja mengutip barang-barang kitar semula, dia mengakui tidak tahan dengan bau busuk. Namun, demi keluarga tetap mengharunginya.

“Saya juga tak kisah apa orang nak kata, asal rezeki ini halal dan cukup buat saya sara keluarga di rumah termasuk anak bongsu berusia dua tahun,” katanya.

Pasangan ini mendakwa tidak menerima bantuan bulanan walaupun hidup miskin, tetapi mengakui menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagi yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi talian 014-5009246.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rezeki-si-pengutip-sampah-1.483902
 
Last edited:
ini malas ni.. bangla boleh hidup senang takkan warga tempatan tak boleh...
 
ai.....btol ke ni...bukan ke putrajaya ckp purata kluarga berpendapatan 5k sebulan..ni msti agenda pembangkang..
 
kena buat banyak keja kata mat mazlan baru cukup makan.
 
ai.....btol ke ni...bukan ke putrajaya ckp purata kluarga berpendapatan 5k sebulan..ni msti agenda pembangkang..

betulah tu kalau dah buat 2 - 3 kerja memang income 5k sebulan,betul dah fomula ahmad mazlan cuma rakyat kena rajin jangan jadi malas :eek::eek::eek:
 
tak sanggup menggelarkan mereka pengutip sampah
mereka adalah sebahagian pelaksana kitar semula

kadang yang suka membazir itu menjadikan rezeki
kepada pengumpul barangan kitar semula seperti ini
 
org kg aku mula mcm nih jugak..skrang jutawan wei..
 
Back
Top
Log in Register