BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki pengutip sampah jumpa puluhan sampul surat penuh wang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
geli-pengutip-sampah.jpg

Tangkap layar video menunjukkan pasangan itu mengeluarkan wang daripada sampul surat yang ditemui di tapak pelupusan sampah. - Instagram

JAKARTA – Sepasang suami isteri terkejut apabila menemui berpuluh-puluh sampul berisi wang ketika mengutip sampah di sebuah tapak pelupusan sisa pepejal di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang wanita membuka sampul surat yang berselerakan di atas tanah.

Dia terkejut apabila setiap sampul itu mengandungi wang kertas bernominasi 50,000 rupiah (RM13) dan 100,000 rupiah (RM26).

Si suami yang merakam detik itu turut teruja apabila menemukan wang semasa mengutip sampah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 65,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Jangan dirakam, nanti wang itu diminta pemerintah,” kata seorang netizen.

“Rezeki mereka,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register