Sepatutnya kita insaf dengan apa yang di alami bukan dengan cara kita nak salahkan sesiapa mahu pun kerajaan kerana keadaan ekonomi bukan masalah negara sahaja tapi dunia. Nabi pun pernah mengingatkan makan apabila lapar dan jangan membazir dan maknanya bila kita dalam kesenangan jangan kita nak boros berbelanja sampai lupa hendak menyimpan. Oleh itu dalam keadaan ini perlulah ada sifat amanah , jujur dan tolong-menolong. Mungkin boleh dimaksudkan kita buka satu tabung amanah dan hendaklah orang yang jujur menjaga tabung ini dan dengan adanya tabung ini kita bolehlah tolong-menolong sesama kita saudara islam. Insyaallah