BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki Abam si mata satu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Rezeki Abam si mata satu

Share


Tweet


ABAM menjadi antara kucing kesayangan Hafizi dan isteri. FOTO ihsan Hafizi Ramli

ABAM menjadi antara kucing kesayangan Hafizi dan isteri. FOTO ihsan Hafizi Ramli
Nazri Abu Bakar
[email protected]

Melaka: "Saya akan menjaga kucing ini dengan sebaik-baik walaupun mata kirinya buta sejak dilahirkan," kata Hafizi Ramli, 43, mengenai kucing peliharaannya yang dikutip di pasar Alor Gajah ketika berusia kira-kira dua bulan.
Menurutnya, kucing diberi nama, Abam Ungkalicious adalah seekor daripada 87 kucing yang dirawat dan dibelanya dan menjadi sumber inspirasi untuk dia mensyukuri nikmat Allah SWT.

Katanya, ketika menemui kucing jalanan berkenaan, dia dan isteri, Rozita Haron, 50, mendapati Abam mengalami sakit mata kronik sehingga menyebabkan mata kirinya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa menjalani pembedahan.
Menurutnya, keadaan matanya yang tersembol terpaksa dibuang disebabkan jangkitan kuman walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menanggung kos berkenaan.
Di sebalik kekurangannya, Abam meraih tempat kedua dalam pertandingan Cat Fanciers' Association (CFA) International Division Award 2020 peringkat Malaysia.
"Ketika pertandingan tiga bulan lalu, Abam berusia kira-kira lapan tahun namun berjaya menandingi kucing yang hebat dan menarik dari beberapa negeri dalam kategori 'Household Pet' yang diadili juri profesional.
"Abam mengungguli antara mata tertinggi dalam pertandingan liga dengan menduduki antara 'Top 10' menerusi beberapa peringkat termasuk di Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya yang turut memiliki beberapa ekor kucing yang buta.
Apa pun, dia amat bersyukur anugerah yang diterima membuktikan kucing yang cacat penglihatan mampu mencuri perhatian juri dan menepati beberapa kriteria yang ditetapkan sehingga ia amat mengejutkan dia dan keluarga.
Dia yang pada mulanya tidak menyukai kucing, bagaimanapun menyayangi seekor kucing yang datang ke rumahnya lalu membenarkan ia masuk ke dalam rumah.
"Namun kucing terbabit mati dilanggar kenderaan di depan mata sehingga menyebabkan saya tidak keruan. Keesokannya saya mencari kucing lain sebagai ganti sehinggalah kini mencecah 87 ekor," katanya.
Sementara itu, Rozita berkata, walaupun bergantung sebelah mata dan serba kekurangan namun kehidupan Abam juga tetap aktif sihat dan cantik terutama jika kucing jalanan sepertinya dijaga dan dibelai dengan rapi.
Sehubungan itu, kejayaan Abam diyakini menjadi inspirasi kepada masyarakat serta pencinta kucing jalanan yang memahami konsep saling menyayangi antara manusia dan haiwan akan membuahkan rezeki yang melimpah kepada orang ramai.
 
Back
Top
Log in Register