BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Restoran mewah di tingkat 57 Menara 3 KLCC terbakar 30%

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,551
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,551
Reaction score
4,820
Points
266

Restoran mewah di tingkat 57 Menara 3 KLCC terbakar 30%​


Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.​

f12a9d8a-kebakaran-menara-3-klcc-petronas-bernama-011125.jpg

Kesan kebakaran restoran mewah di tingkat 57 Menara 3 KLCC di Kuala Lumpur, pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sebuah restoran mewah di tingkat 57 Menara 3 KLCC di ibu negara hangus kira-kira 30% dalam kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Mohd Hafizan Hassan, berkata 35 anggota dan jentera dari BBP Tun Razak dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima 6.41 pagi tadi.

Katanya, cabaran utama ialah lokasi kebakaran di aras tinggi, tetapi sistem keselamatan bangunan itu banyak membantu kelancaran operasi.


“Kita melaksanakan operasi secara ofensif menggunakan lif bomba untuk naik ke lokasi dan sistem pemadaman melalui wet riser untuk memadam kebakaran,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 7.04 pagi sebelum operasi pemadaman selesai sepenuhnya 8.45 pagi.


Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Hafizan berkata restoran itu ditutup sementara sehingga siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur selesai.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

KEBAKARAN MENARA 3 PETRONAS KLCC | 30 Peratus Kawasan Restoran Mewah Di Tingkat Atas Bangunan Musnah​

Kebakaran di Menara 3 KLCC di ibu negara awal pagi tadi melibatkan 30 peratus kawasan restoran mewah di tingkat 57 bangunan berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

 
Back
Top
Log in Register