BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resit kos rawatan perubatan islam

Di peringkat Kementerian Kesihatan tak mengiktiraf perubatan Islam yang lain kecuali Darul Syifa', tetapi perubatan secara perbomohan dan perdukunan kementerian iktiraf pula sebagai perubatan alternatif. Pelik.

Darussyifa pun scam...
 
selain darul syifa
perubatan Islam lain tidak menonjolkan diri
apatah lagi mengenakan sebarang bayaran atau yuran
yang ni susah nak jumpa

tapi yang viral iklan dan sebagainya ini
boleh dikatakan semuanya pembohong
menggunakan nama Islam sebagai produk pembohongan mereka
 
Isteri pengusaha pusat rawatan disahkan sakit mental

MELAKA - Salah seorang daripada pasangan suami isteri pengusaha pusat rawatan alternatif di Jasin yang menjadi kontroversi, dikesan merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Lebih mengejutkan, individu berkenaan juga seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik yang mengesahkan perkara demikian berkata, individu berkenaan menerima elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM350 sebulan.

“Salah seorang pasangan itu penerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan yang telah diluluskan sejak 2014 dan diteruskan lagi hingga tahun ini.

“Dari segi penerimaan bantuan itu, kajian semula akan dijalankan JKM bagi menentukan bantuan layak disambung semula mahupun tidak,” katanya.

Selain itu, katanya, individu berkenaan juga dikesan memegang kad OKU mental sejak 2012.

“Memang benar dia juga pemegang kad OKU yang dikeluarkan JKM disebabkan dia disahkan mempunyai sakit mental.

“Sebelum mengeluarkan kad OKU, pengesahan daripada doktor diperlukan bagi menentukan seseorang itu OKU dari segi apa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Selasa lalu, pusat perubatan alternatif yang dijalankan di sebuah taman perumahan di Serkam oleh pasangan suami isteri itu menjadi viral berikutan mengenakan caj melampau sehingga mencecah RM32,800.

Tindakan itu menyebabkan ia dikecam netizen yang menyifatkan caj dikenakan melampau serta menggunakan agama untuk mengaut keuntungan.

Berikutan kejadian itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu dan membuat pemeriksaan sebelum mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada pemilik premis kerana mengenakan harga tinggi kepada pengguna.

Selain itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) juga mengenakan kompaun terhadap pemilik premis kerana menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa lesen.

Kelmarin, pemilik pusat rawatan berkenaan mengambil keputusan menghentikan serta-merta perkhidmatannya dan tidak akan beroperasi selamanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pengusaha-miliki-kad-oku-mental-1.574570
 
Last edited:
dah betul dah stats 1/3 rakyat msia ni mental
 
Nah.. sekali oku.. huhu.. apa bleh buat
 
pembetulan. bini pengusaha tu yg oku mental
 
sebut harga ko xagak2. klo org tu sengal xreti tawar menawar buta2 je byr

kadang tu kita terpaksa bos..tgh sakit..sy pnah alami tp xlah berpuluh riban mcm ni dan bkn dgn pusat rawatan ni..
cth ahli keluarga yg sakit..kita dh berubat merata x jugak kebah..tiba ada org kata blh tlg tapi caj mahal..kena lak dgn khutbah agama dan kopiah dia..kita susah nk buat pilihan masa tu utk kata x sbb x larat tgk keadaan org yg sakit..
moralnya kalo nk berubat mcm ni kn bwk ramai2 teman..kadang tu mcm terpukau je iyakan kata org yg mengubat ni
 
Tang mana nya sebut harga siap dengan cap jari saksi bagai. Lepas tu, dha cagarkan gelang emas dengan cash RM300 apa cita. Pandai pulak depa ni nak cover. Ada la tu sangkut dengan pihak2 atasan mana2 yg dok jaga ni pusat perubatan ISLAM kononnya. :o:o

mcmnila melayu islam blum sahih lg dh tuduh sembarangan :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register