helmisaman
Legendary Member

- Messages
- 11,106
- Joined
- Jul 15, 2011
- Messages
- 11,106
- Reaction score
- 266
- Points
- 131
sumber: twitter
'Saya serik'
![]()
Alor Gajah: “Saya serik dan menyesal berubat di pusat rawatan itu. Nampak gayanya sukar mendapatkan semula gelang tangan emas saya serahkan sebagai bayaran perubatan,” kata Sardiah Wahab, 46, wanita dikenakan bayaran disifatkan terlalu tinggi ketika mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di Taman Serkam Ria, Jasin, 11 Oktober lalu
Sardiah berkata, dia ditemani dua anak, Muhammad Saddan Mohd Saad, 25, Muhammad Sholehin Mohd Saad, 22, serta isteri Mohd Sholehin berusia 22 tahun ketika ke pusat perubatan itu
Katanya, akibat tidak mampu menahan kesakitan pada kaki kanan, dia menguatkan semangat pergi ke premis berkenaan selepas Muhammad Sholehin menemui alamat menerusi carian dalam Internet
“Kami terkejut apabila diminta membayar RM300 kononnya sebagai wang pendahuluan untuk mengimbas jenis gangguan atau penyakit saya hadapi.
“Dia (lelaki itu) mengambil sejenis daun lalu merendamkannya dalam air sebelum menyuruh saya minum. Akibatnya, saya rasa tidak sedap perut dan tiga hari tidak buang air besar,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, semalam
http://www.hmetro.com.my/node/175150