BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resit kos rawatan perubatan islam

kalau jenis yg mintak duit tu xyah percaya la....
serupe mcm pergi jumpe bomoh jgk kalo jenis mcm tu....
 
geram je die bole kata tu sebut harga je. jdah betol

kaki kelepet

klo xsalah xpyh tutup. ni belum2 dh bgtau nk tutup haha
 
Kalau perubatan Islam tapi awal2 letak harga korang toksah la.

Bapa aku stroke aritu, ada org rekemen ustaz, try call awal2 dah cita harga, ratus2 plak tu, so aku skip la.
 
wak biasa dapat 5 ringgit, kadang2 3 ringgit.. kalau hujan kalu satu sennn pun tak dapat - bomoh temberang
 
aku besa kena dulu2

asik terkena ja

ustaz tu kata nk buang saka.

dia charga 300 jugak

pastu dia bg aku keris. pelik aku. keris kecik buat pa pulak ni.

dia kata bg saka takut dn lari.

pastu aku p cek darul syifa saka tu gelak guling2

aku cal ustaz tu dia kata saka aku kebal

dia kata kena buat pasak pulak

aku ckp habis kenapa xbuat sekali hr tu

dia cakap kena tambah rm500.

haramjadahhh......

pasni kalo gagal

apa lg la ustza tu nk merapu..

aku jumpa iklan ustaz tu dlm paper apa tah.bacaria kot. lupa la kes ni. 5 taun sudah.

darul syifa memang serender dh xleh buat apa kes aku.dia suh cr org yg pandai lg.
 
Pusat perubatan mengaku tipu pelanggan, kata mufti Melaka

MELAKA, 4 Nov — Mengaku memperdayakan pelanggan, perkhidmatan pusat rawatan Islam yang viral kerana mengenakan caj “RM32,800” dihentikan seperti diarah pihak berkuasa, kata mufti Melaka.


Datuk Abdul Halim Tawil berkata untuk mengelak kes penipuan berulang, pemantauan berterusan akan dibuat terhadap pengusaha terbabit, lapor Harian Metro.

“Pihak Majlis Agama Islam Melaka [MAIM] berpuas hati dengan langkah yang diambil pasangan terbabit iaitu menghentikan perkhidmatan mereka serta-merta ketika sesi permurnian dijalankan sebentar tadi [semalam],” katanya.

“Bagaimanapun pemantauan berterusan masih lagi dijalankan bagi memastikan pasangan itu tidak kembali menawarkan perubatan Islam seperti sebelum ini.”

Katanya masih ada beberapa individu yang berdegil datang untuk mendapatkan rawatan tetapi ditolak pasangan suami isteri itu.

Bulan lalu, kecoh di Facebook apabila resit bayaran tertera RM32,800 merawat seorang wanita tersebar dan menimbulkan kemarahan netizen.

Kesannya, pusat tersebut disiasat dan didenda RM500 oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) kerana berniaga tanpa lesen dan iklan tanpa permit.

Beroperasi di Taman Serkam Ria di sini, pengusaha membuat keputusan tutup serta-merta kerana “menyinggung” perasaan umat Islam dan turut memohon maaf.


http://www.themalaymailonline.com/p...slam-mengaku-tipu-pelanggan-kata-mufti-melaka
 
Back
Top
Log in Register