BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resit kos rawatan perubatan islam

rawatan perubatan islam masa kini (yg merapu2, mistik) adalah penjenamaan semula kpd bomoh, dukun, ahli nujum & ahli sihir
 
“Sesungguhnya jin & pengikut-pengikutnya (iblis/setan) dan melihat kamu dari suatu arah yang kamu (manusia) tidak mampu melihat mereka (al A’raf ayat 27)”,

ayat ini telah menyangkal dakwaan manusia yg tinggi ilmunya mengatakan dia mampu mengesan (scan badan siap tahu berapa ekor tinggal dlm badan pesakit), melihat, menyentuh,membunuh apatalah lagi pancung..katakan lah setinggi mana kehebatan ilmu kamu kalau bukan dgn izin Allah, Allah x akan buka hijab alam2 & benda ghaib ni depan kita suka2

ni blajar sampai naik gunung turun gunung semata2 mahu menguasai ilmu mengawal jin lepas tu dah graduate ble buka kedai atas nama 'rawatan perubatan islam'. dan boleh caj ikut suka mereka..ada resit pulak tu.., ikhlas la kita dlm beragama

bagi pndpt sy ini lah istidraj

Bro betul ke tu maksud ayat ke 27 surah Al A'Raf?cer cek balik kot saya salah or bro salah..
 
mak angkat ak penah kena. mula2 ckp xpyh risau upah seikhlas hati

sekali ada nurse die dh siap2 kua bil. ni fidyah nurse tu ckp. hangus jgk rm150 sekali pg. harem seikhlas hati
 
Bro betul ke tu maksud ayat ke 27 surah Al A'Raf?cer cek balik kot saya salah or bro salah..

maaf tuan..sy highlight pasal kemampuan kita sbg manusia dlm melihat jin secara mata kasar (mata di kepala) dan secara halus (mata hati-spiritual/dalaman )

Tidak seorangpun mampu melihat jin, kecuali bila mereka (jin) mengubah diri (menjelma) dalam berbagai bentuk sama ada dlm bentuk manusia ataupun binatang, spt contoh : jin menjelma dlm bentuk manusia sbg suraqah bin malik di perang badar dalam bulan ramadhan dan juga peristiwa sekumpulan jin mendengar Rasulullah s.a.w. membaca Al-Quran, sedangkan Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri pun tidak menyedari kehadiran jin2 tsb.
 
itu kalau bayar betul2 berkesan x,,
kalau mmg berkesan Alhamdulillah
 
Anak buat laporan polis

17hm262_1476661361.jpg

Muhammad Sholehin menunjukkan laporan polis dan invois rawatan berjumlah RM32,800 yang dicaj sebuah pusat rawatan Islam di Jasin.

Alor Gajah: Anak lelaki kepada wanita dikenakan bayaran dianggap melampau ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam di Jasin, sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Muhammad Sholehin Md Saad, 22, berkata, sebelum itu dia menemui alamat pusat rawatan Islam berkenaan selepas melakukan carian di Internet kerana mahu mengubati ibunya yang mengadu sakit kaki, Selasa lalu.

Dakwanya, dia tidak mempunyai pilihan lain berikutan pusat perubatan Islam lain ramai pelanggan dan hanya premis berkenaan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

Katanya, mereka disambut seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Am sambil memaklumkan rawatan dikenakan adalah berbayar.

“Memandangkan kami datang dari jauh iaitu sejauh 61.3 kilometer dari Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah ke pusat rawatan Islam terbabit, mahu atau tidak kena teruskan berubat kerana ibu (Sardiah Wahab, 46) mengadu sakit.

“Saya memang terperanjat apabila dimaklumkan perlu membayar RM300 untuk proses imbasan ke atas ibu yang menanggung rasa tidak selesa akibat kesakitan.

“Lelaki terbabit kemudian bertanya berulang kali sama ada mahu meneruskan atau tidak rawatan menyebabkan saya yang ditemani isteri dan abangnya, Muhammad Saddan, 25, mengumpulkan duit yang ada ketika itu untuk berubat,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya, kelmarin.

Katanya, selepas proses mengesan penyakit selesai, lelaki terbabit memberitahu ibunya terkena sihir iaitu patung dililit dawai berduri di bahagian kaki mengakibatkannya berasa sakit dan mengalami masalah saraf.

“Lelaki terbabit kemudian menunjukkan invois senarai setiap rawatan perlu dijalani ibu dengan jumlah keseluruhan RM32,800. Sekali lagi, lelaki itu bertanya berulang kali kepada kami mahu meneruskan rawatan ataupun tidak.

“Kerana tidak mampu kami minta jumlah itu dikurangkan kepada RM22,000 dan selepas melihat kami berbincang agak lama, akhirnya ibu bertindak menyerahkan gelang tangan emas dipakainya kepada lelaki terbabit,” katanya.

Apabila ditanya mengenai caj rawatan mahal, katanya, lelaki itu menyatakan jumlah terbabit adalah kos ditanggung ke atas pesakit sepanjang rawatan sehingga sembuh sepenuhnya.

Menurutnya, lelaki terbabit turut menawarkan air Yasin untuk mandian dan diminum pada harga RM40 sebotol tetapi akhirnya diberikan secara percuma selepas diberitahu sudah kehabisan wang.

“Selepas invois yang diterimanya viral di media sosial, saya dihubungi wakil beberapa pusat perubatan Islam lain yang turut menawarkan bantuan untuk merawat ibu,” katanya.

Sementara itu, Sardiah berkata, akibat tidak tahan menanggung kesakitan ibarat jarum menyucuk di dalam daging, dia menyerahkan rantai tangannya yang dibeli pada harga kira-kira RM4,000 supaya rawatan dapat diteruskan.

“Mahu tidak mahu, saya serahkan rantai tangan itu supaya rawatan dapat diteruskan memandangkan kami sudah berusaha separuh jalan. Pada mulanya saya ingatkan anak hanya bergurau mengenai kos rawatan terbabit,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/174566
 
Pusat perubatan Islam viral didenda RM500, tutup serta-merta

resit1710s_620_465_100.jpg

JASIN, 17 Okt — Pusat perubatan Islam yang viral di Facebook selepas mengenakan caj melampau RM32,800 dikenakan denda RM500 oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pusat itu yang terletak di Taman Serkam Ria di sini didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan dan menaikkan iklan tanpa permit, lapor Harian Metro.

“Dakwaan pengusaha terbabit bahawa menjalankan aktiviti perniagaan di rumah sendiri tidak perlu mendapatkan lesen adalah salah.

“Lelaki itu dikenakan kompaun RM250 bagi setiap kesalahan, selain turut diarahkan menurunkan iklan tergantung di rumah terbabit dengan segera,” kata yang dipertua MPJ Shadan Othman.

Ia juga diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Agama Islam Melaka, lapor Kosmo!.

Akhbar itu juga melaporkan pusat perubatan alternatif itu menutup operasinya serta-merta kerana “menyinggung” perasaan umat Islam dan turut memohon maaf.
 
kalau nak bukak kedai gini.berapa agaknya kena bayar ustaz sebulan?:-?
 
Back
Top
Log in Register