BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resident Evil Village Kini Di App Store

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916

Resident Evil Village Kini Di App Store - Khusus Untuk Pengguna macOS Dengan Cip Apple Silicon;

Resident Evil Village adalah permainan video seram terkini Capcom yang dilancarkan pada tahun 2021. Ia adalah permainan dengan grafik tingi dan memerlukan spesifikasi PC yang agak tinggi atau perlu dimainkan melalui konsol sahaja. Resident Evil Village baru sahaja menerima kemaskini untuk penambahan mod third-person dan cerita Rosemary.

Ulasan-Resident-Evil-Village-11-1024x428.jpg


Sebelum ini, permainan ini hanya boleh dimainkan pada PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X, Xbox Series S dan PC sahaja. Terkini, Resident Evil Village sudah boleh dimuat turun untuk pengguna macOS. Tetapi terhad kepada mereka yang menggunakan peranti yang dijana dengan cip Apple Silicon seperti Apple M1 dan Apple M2 sahaja.

Perkara ini dibolehkan kerana macOS Ventura menggunakan Metal 3 API, iaitu ciri upscaling untuk memastikan permainan video seperti Resident Evil Village ini boleh dijalankan pada kadar yang lancar dan berprestasi tinggi.

Resident-Evil-Village-Mac-1024x696.jpg


Bagi yang berminat, jika anda menggunakan MacBook Pro M1/M2, iMac 24-inci M1, Mac Mini M1, Mac Studio atau juga MacBook Air M1/M2 anda boleh di gedung aplikasi App Store pada Mac dengan harga RM189.90.

Layari Resident Evil Village Di Mac App Store
 
Back
Top
Log in Register