BTC USD 27,163.0 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

COD Mobile Akan Di Hentikan Selepas Warzone Mobile Di Lancarkan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Call of Duty : Mobile (COD Mobile) ialah permua kegemaran kami kerana memberikan pengalaman COD dalam versi mudah alih yang amat mudah diakses. Kualiti grafik COD Mobile juga adalah amat baik untuk sebuah permua percuma. Tetapi masa depan COD Mobile yang berjaya menjana pendapatan yang tinggi kepada Activision akan berakhir dalam masa terdekat.

Dalam surat jawapan Activision kepada Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) UK, mereka mengesahkan sokongan untuk COD Mobile akan dihentikan secara berperingkat selepas Warzone Mobile dilancarkan. Pada waktu ini permua Warzone Mobile dijangka akan dilancarkan pada penghujung 2023. Sokongan hanya akan diteruskan untuk pasaran China sahaja.

Sehingga bilakah COD Mobile akan disokong masih belum diketahui. Sejak dilancarkan pada tahun 2019, ia mempunyai hampir 60 juta pemain aktif bulanan. Apakah yang akan terjadi kepada kesemua barangan dalaman dalam permainan COD Mobile kelak juga masih lagi misteri. Yang pasti adalah biasa untuk sesebuah permainan disokong untuk tempoh tertentu sahaja. Misalnya GTA 5 versi PS3 dan Xbox 360 telah dihentikan sokongannya pada tahun 2021, lapan tahun selepas dilancarkan.
1678440459996.png

 

CG Sponsors




Top
Log in Register