BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,126.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemas Kini Terbaru PUBG Mobile Ada Kong & Godzilla

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Pemain PUBG Mobile akan menyaksikan amukan tiga raksasa Hollywood King Kong, Godzilla, serta Mechagodzilla dalam acara Titan Strikes. Sejak 11 Mei yang lalu, raksasa-raksasa ini dimunculkan di setiap peta berbeza; Godzilla di Erangel, King Kong di Sanhok, dan Mechagodzilla di Livik sehingga 8 Jun 2021. Sepanjang acara ini, pemain boleh mendapat kristal tenaga daripada gergasi ini untuk digunakan ketika bertempur. Disamping itu, kemas kini terbaru ini turut hadir dengan mod, senjata, kenderaan, dan peta baharu.

Peta arena "Hangar" yang menyokong mod Team Deathmatch, Training Arena, dan Team Gun Game akan mula disiarkan pada 1 Jun 2021 ini. Kemas kini 1.4 ini turut memperkenal mod "over the shoulder (OTS)" yang membuatkan pemain mensasar musuh dengan lebih mudah dan stabil. Muat turun PUBG Mobile versi 1.4 di App Store dan Google Play Store. Layari laman rasmi Facebook, Twitter, dan YouTube PUBG Mobile untuk dapatkan maklumat terbaru.

1621405161352.png
 
PUBG Mobile Ada Mod Baru, Pemain Boleh Mengecil

Didalam mod terbaru ini, pemain akan bertempur dalam perlawanan mikroskopik dengan menggunakan teknologi senjata pengecil (shrinking). Objektif utama mod ini masih sama iaitu untuk menjadi pemain terakhir. Pemain juga akan meneroka makmal- makmal yang ada Quantum Transformation Device yang mamp u mengubah pemain ke saiz serangga mini. Ketika berada dalam saiz mini, pemain tidak akan dicederakan oleh senjata biasa.

Namun, bukan semua pemain akan berada pada saiz mini selamanya. Kehadiran pemain bersaiz normal akan menyukarkan lagi mod permainan ini kerana mereka boleh mengalahkan pemain mini dengan menggunakan kuali. Selain itu, PUBG Mobile turut melancarkan Royale Pass Season 19 dengan tema serangga yang sama.

Kemas kini atau muat turun PUBG Mobile di App Store dan Google Play Store sekarang untuk bertempur dalam mod ini sehingga 5 Julai.

​
 
Back
Top
Log in Register