BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resepi yang ringkas dan sedap..

paling senang p kedai tepi pagar "kak tomyam ayam 1 nasik putih 1 teh ais 1 bungkus ye" 5 10 menet siap haha
 
ajar aku wat apple pie. aku suka mkn tp xtau buat, sbb tatau buat kulitnye :))

ok resepi apple pie

Aku wat 2 kali jgk baru ok ckit..practice make perfect k!

nie resepi aku wat apple pie( cedok tenet laa)

6 biji epal hijau/merah,potong kecik2
200 g gula pasir
50 g kismis(ikut suka nk letak ke x)
20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
500 g tepung halus (tepung gandum yg diayak)
200 g mentega
2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
250 g gula halus

1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.

2.Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.

4.Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.

5.Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.

6.Melantak la ape lagi..cam aku ckp la aku add cinnamon powder utk lagi sdp
 
gorengkan telur bg hancur.. (scramble egg) pastu masukkan sos cili n kicap manis.. masak sampai rata.. kalo kering sgt.. taruk air sikit je... mkn ngn nasik panas2... :D
 
Cam masak halia kn..btw ungkep tu ape?

yup sama je, cuma nama menu je lain

ungkep tu adelah....aku pun tatau cane nk describe, sebut je tau :))
ni adalah masakan style jawa. kalau nama melayunye aku x bape sure la pulak :p
 
Last edited:
masak sardin je..

biasa kalau ayah ak masak,

dia masak ayam halia,
ikan singgang

pastu resipi main campak2/campur atas kuali..senang je.

rasanya masak lemak ayam/ikan cili padi senang je.

kunyit+cili+bawang..tumbuk atau kisar,
tuang je ke dalam periuk,
letak ayam,
letak air sikit,
letak sserai,
letak garam
dah mendidih, letak santan.
pastu mendidih, dah siap. :D

ikan bakar pun senang,
cuci2 ikan dgn air asam,
letak garam,
pastu bakar cmtu je..

pastu buat air asam utk cicah
 
tengok orang putih masak ayam ke daging dalam oven senang gila. perap ayam/daging dengan garam/lada pas tu campak dalam oven 1 ke 2 jam siap angkat makan. kalau dah tahu tanggungjawab awak hari tu kerja masak buat awal2, pas tu sambung tido tengahari bangun lauk dah siap untuk melantak
 
ok resepi apple pie

Aku wat 2 kali jgk baru ok ckit..practice make perfect k!

nie resepi aku wat apple pie( cedok tenet laa)

6 biji epal hijau/merah,potong kecik2
200 g gula pasir
50 g kismis(ikut suka nk letak ke x)
20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
500 g tepung halus (tepung gandum yg diayak)
200 g mentega
2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
250 g gula halus

1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.

2.Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.

4.Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.

5.Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.

6.Melantak la ape lagi..cam aku ckp la aku add cinnamon powder utk lagi sdp

mmg kena letak serbuk kayu manis tu, kalo x rasa mcm x lengkap plak rasa apple pie tu :)
 
mangga sebiji potong dadu
pisang berbiji biji...potong satu inci

masuk dua dua dalam freezer sampai beku

bila dah beku masuk dalam blender dan tambah plain yougert
...tambah madu mengikut suka( tak nak pon tak pe..)

blend ...masuk dalam bekas...masuk frezer semula...

dah beku...makan lor perghhhh..sedap giler
 
Back
Top
Log in Register