BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Resah [P][e][r][o][k][o][k] Tegar

akkula

Active+ Member
Messages
2,689
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
xpix_gal0.pagespeed.ic.Y3JvGlyQ_V.jpg



Ramadan wajar jadi permulaan buang tabiat negatif

Bagai irama dan lagu, begitulah situasi dialami perokok. Hubungan ‘akrab’ ini sukar dipisahkan. Lantaran itu, si perokok memerlukan keazaman tinggi untuk berhenti.

Bagaimanapun, diakui ia sangat sukar direalisasikan kerana rokok memberikan ketagihan kepada si perokok tegar walaupun kesannya kepada kesihatan begitu berisiko.
Ketagihan nikotin dalam sebatang rokok antara punca kepada kegagalan usaha untuk berhenti merokok. Perokok yang cuba berhenti merokok akan mengalami beberapa gejala pengeluaran atau ketiadaan (nikotin) seperti cepat berasa resah, kecewa, marah, tidak selesa; sukar menumpukan perhatian, bimbang, tidak bersemangat dan sukar tidur malam - yang membuatkan mereka terdorong merokok semula bagi menghilangkan gejala ini.


Dalam satu kajian, didapati nikotin dalam asap rokok mengambil masa kurang 10 saat untuk sampai ke otak dan merangsang penghasilan dopamin, iaitu reseptor untuk nikotin yang membuatkan perokok berasa gembira dan selesa.
Bagaimanapun, lama-kelamaan otak akan memerlukan lebih banyak nikotin untuk membolehkan perokok berasa gembira dan kesan pendedahan jangka panjang terhadap nikotin ini dizahirkan dalam bentuk fizikal. Justeru, apabila otak perokok tidak menerima nikotin, mereka akan mengalami gejala negatif berkenaan.

Hanya bertahan 14 jam

Apabila tiba bulan Ramadan, golongan perokok tegar ini mungkin berhadapan dengan situasi yang meresahkan apabila terpaksa menghentikan aktiviti itu sedangkan amalan itu wajib turut ditunaikan.
Memangnya sesetengahnya berjaya melaksanakan puasa, tetapi perkara pertama yang masuk ke dalam kerongkongnya mungkin juga rokok, sebelum menjamah makanan lain. Selepas berbuka pula mereka akan melepaskan gian merokok semahunya.

Lebih dikesalkan, tabiat merokok semakin menjadi-jadi. Jika waktu biasa, kuantiti rokok mungkin hanya sekotak tetapi pada bulan mulia ini, pengambilannya lebih daripada biasa.

Dalam Jurnal Neurologi mendapati, perokok mengalami kemerosotan mental lima kali lebih cepat berbanding orang tidak merokok dan ini bermakna, tabiat negatif ini hanya mempercepatkan seseorang mengalami alzheimer atau nyanyuk.

Bagi perokok wanita pula, kajian menunjukkan kehilangan keanjalan kulit tidak hanya pada muka, malah memberi kesan kepada seluruh badan terutama pada bahagian lengan dan payudara yang mana ia menjadikan payudara si perokok wanita cepat kendur.

Lantaran itu, apa kata pada Ramadan yang indah ini dijadikan satu medium untuk menguatkan hati, menawan jiwa kepada amalan berpotensi menjauhkan diri daripada tabiat yang hanya memudaratkan diri. Fikirkan, betapa bahayanya kesihatan diri kerana sebatang rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia yang membawa risiko.

Panduan berhenti dan mengurangkan ketagihan merokok bulan Ramadan

Tenangkan diri.

Sibukkan diri dengan aktiviti faedah.

Banyakkan baca buku atau Al Quran.

Rehatkan minda dan luang masa untuk aktiviti luar (jangan terlalu berat).

Kerap tarik nafas untuk kesegaran.

Tekad pada diri sendiri untuk berhenti merokok.

Banyakkan beribadat.






kopi pes


Peace No War
 
maap la law silap paking...:">:">

banyak sangat department..:">:">
 
Lemah betul perokok nii,,,... cam ni ke yang kata nak Jihad?!

#Ingatan kpd diri sendiri
 
yakin boleh..tekad diri..semua atas diri sendiri je semua..mau ngan x mau je...
 
semua set kat kepala otak je sebenarnye... dah 3 taun lebih aku berenti rokok.. syukur
 
artikel ni tipu je..perokok tegar masih leh bertahan je..melainkan kalau jenis malas nak posa..

kalau posa nak hisap rokok pun xfeel..perut pun xberisi..
 
saya dah berhenti merokok lalalala
x sangka plak tahun ni puasa tanpa rokok sempoi jer derr
 
saje ngade je perokok konon tegar ni..
bulan pose lagi jimat rokok.
nk sap rokok pon selere kurang..
sekotak aku tahan nk 5 hari jugak.

bulan pose aku nk try brenti azab btol..
1 hari je lepas..
pstu sanggup drive nk 10km semate2 beli rkok..
dok kg susah cket cari kedai malam2.
 
Back
Top
Log in Register