BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ketika Lari Daripada Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b082dfd5993ed9b998701d5a39341e7c69b51aa317924

Kredit : IPD Kampar

Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terbabas selepas bertindak melarikan diri daripada polis di Jalan Pasar Awam dekat Kampar semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata dalam kejadian pada 10.08 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mangsa bersama empat rakannya yang menunggang motosikal ternampak Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan mereka bertindak melarikan diri apabila polis meminta mereka berhenti.

“Mangsa melarikan diri secara melawan arus melalui Jalan Pasar dan melanggar bonggol berhampiran pasar khinzir sehingga menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar besi tangga berhampiran longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata hasil siasatan mendapati mereka melarikan diri kerana takut dengan tindakan polis disebabkan tidak mempunyai lesen dan mengubah suai motosikal.

Beliau berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register