penagih.pips
Active Member
- Messages
- 1,452
- Joined
- Mar 26, 2008
- Messages
- 1,452
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
SAYA berusia 20 tahun dan penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di selatan tanah air. Apa yang saya rasa sekarang adalah penyesalan. Saya mempunyai seorang teman lelaki. Kami berkenalan selama setahun. Sepanjang perkenalan ini, kami saling me�nyayangi. Saya sudah berjumpa dengan keluarganya dan mereka boleh menerima saya.
Apa yang menjadi masalah sekarang adalah kami sudah terlanjur beberapa kali dan teman lelaki ketagih melakukannya. Saya banyak kali mengajak dia berubah namun dia tidak mahu dan mendiamkan diri. Saya takut dosa dan saya tahu hukum zina. Saya malu dengan diri sendiri. Apakah yang patut saya lakukan?
Kadang-kadang terfikir wajarkah saya tinggalkan dia? Saya mahu bertaubat dan kalau boleh, mahu dia juga insaf atas apa yang dilakukan. Saya benar-benar takut atas apa yang sudah berlaku. Kalau saya bertaubat, adakah dosa besar itu akan diampunkan dan masih adakah tempat saya di sisi Tuhan. Saya benar-benar insaf Dr. Tolonglah apa yang patut saya lakukan?
Takut Dosa,
Johor.
JIKA adik taubat nasuha, iaitu taubat yang benar benar menyesal di atas
perbuatan berzina itu, insya-Allah Tuhan akan mengampunkan dosa adik. Untuk benar-benar taubat, adik perlu: [1] berhenti daripada melakukan perkara berzina serta- merta, [2] menyesal kerana perbuatan zina itu, [3] tidak akan ulangi perbuatan itu, [4] berharap sangat kepada keampunan Allah, [5] memperbanyakkan amal ibadat dan kerja kebaikan serta sentiasa berzikir.
Dengan bertaubat, adik boleh menghilangkan rasa malu diri sendiri. Mengenai kekasih adik boleh meminta dia berubah. Namun, sama ada dia akan menurut kata adik banyak bergantung kepada dirinya.
Adik sudah melakukan sesuatu yang baik apabila meminta kekasih untuk
tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Adik juga boleh membantu kekasih menghindari zina dengan adik sendiri tidak menurut ajakannya untuk melakukan perbuatan yang amat dilarang agama itu.
apa pandangan sahabat2 cg sekalian..kot2 ada nasik tambah..sila oo sila