eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
AMPANG: Nafsu yang tidak dapat dibendung membuatkan seorang remaja sanggup menjadikan seorang wanita yang ada hubungan kekeluargaan dengan isteri abangnya sebagai mangsa apabila cuba mencabul wanita itu di sebuah rumah di Pandan Jaya.
Malah, perbuatan itu boleh dianggap sebagai biadap kerana ia dilakukan ketika wanita itu baru selesai bersembahyang di tokong luar rumahnya kira-kira jam 12 tengah malam, Ahad minggu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian itu, remaja berkenaan di bawah pengaruh alkohol dan dia mengambil kesempatan memasuki rumah wanita berkenaan yang ketika itu tidak berkunci.
Namun, mangsa yang ketika itu baru selesai bersembahyang di luar terkejut apabila mendapati remaja berkenaan berada dalam rumahnya.
Bagaimanapun, remaja itu memberitahu yang dia mahu menceritakan sesuatu kepada wanita terbabit dan mengajak mangsa berada hampir dengannya.
Menurut sumber polis, permintaan remaja itu bagaimanapun ditolak mangsa dan wanita berkenaan memberi alasan yang dia mengantuk dan mahu tidur.
“Bagaimanapun, belum sempat mangsa masuk ke bilik, remaja itu secara tiba-tiba menarik tangan dan juga rambut sebelum mencium pipi wanita berkenaan.
“Tindakan luar dugaan itu membuatkan mangsa terkejut dan memarahinya sambil menghalau remaja terbabit keluar dari rumahnya,” katanya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Susulan daripada laporan itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun berhampiran lokasi rumah mangsa dan suspek direman untuk membantu siasatan.