BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja buat laporan polis, disebat ibu kerana malas kemas katil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,136
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,136
Reaction score
346
Points
141
remaja-lapor-ibu.jpg

Kedua-dua beranak itu dijemput ke balai raya di kawasan setempat sebelum mereka akhirnya saling memaafkan. - Lambe Turah

JAKARTA – Seorang remaja dari Malang, wilayah Jawa Timur membuat laporan polis terhadap ibunya selepas mendakwa bahawa dia dipukul wanita itu akibat tidak mengemas katil, lapor portal berita Lambe Turah semalam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Malang, Asisten Komisioner Bambang Subinajar berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu membuat laporan menerusi panggilan kecemasan selepas insiden tersebut.

Dia mendakwa bahawa ibunya memarahinya kerana tidak mengemas katil, sebaliknya hanya bermain telefon bimbit.

Tambah Bambang, ia menyebabkan remaja tersebut dipukul ibunya menggunakan penyapu sehingga mengakibatkan luka ringan di tangan dan paha.

“Sejurus menerima laporan, anggota polis Tumpang segera pergi ke rumah pelapor untuk memeriksa keadaan dua beranak itu.

“Selepas melakukan siasatan, keadaan mereka baik-baik sahaja dan ia hanya salah faham antara anak dan ibu,” kata Bambang.

Kedua-dua beranak itu kemudian dijemput ke balai raya di kawasan setempat sebelum mereka akhirnya saling memaafkan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register