BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rejim Gaddafi tumbang

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
mh_01.1.jpg

Beribu-ribu penduduk Libya meraikan kejayaan pemberontak menawan bandar Tripoli awal semalam. - AGENS

TRIPOLI 22 Ogos - Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli, tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Anak lelaki bongsu Gaddafi, Saif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.

Gaddafi menyiarkan tiga mesej audio semalam, dengan berikrar tidak akan menyerah kalah dan menyeru penduduk Tripoli supaya 'membersihkan ibu negara' daripada pemberontak, tetapi beliau tidak muncul di khalayak sejak beberapa minggu lalu.

Satu sumber diplomatik berkata, pemimpin veteran Libya itu mungkin masih berada di kompleks kediamannya, Bab Al-Aziziyah di tengah Tripoli.

"Beliau masih berada di Tripoli dan mungkin berlindung di kediamannya di Bab Al-Aziziyah," kata sumber yang menemui Gaddafi dalam tempoh dua minggu lalu.

Pekarangan Bab Al-Aziziyah kerap dibedil sejak bermulanya campur tangan tentera antarabangsa di Libya pada 19 Mac lalu dan kebanyakan bangunan di kompleks itu sudah ranap.

Namun, Gaddafi boleh berlindung di dalam kubu bawah tanah yang banyak terdapat di kompleks itu, kata sumber tersebut. - AFP

sumber : utusang



maka rianglah setan dunia us ngan sekutu dapat telaga minyak besar besaran :(scam:(scam

 
Cam pejuang kemerdekaan dulu2 plak aku tgk gambar tu. Mamat tu pegang keris ker....? Tamat lah pemerintahan Ghadafi.... satu2 kerajaan arab tumbang...
 
lepas ni syria pulak... pastu BE End....
 
lama sgt perintah tu.....rakyat pun dah jemu
 
Itali telah hantar pasukan untuk baik pulih telaga minyak,sebenarnya ini yang NATO mahu.
 
Pemberontak Libya byk terima support dari barat. Jgn jadi hamba barat pulak dah la. Gaddafi mmg anti US. Sbb tu US nak Gaddafi tumbang.

gaddafi sememangnye sekutu kuat barat...dia mmg pandai berlakon kite yg kena tipu oleh wayang dia tue..kalau tak takkan dia buat pipeline minyak dari libya terus ke france di bwh dasar laut mediterranean,sama cam saddam hussein.
 
Back
Top
Log in Register