BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rebat tol PLUS sempena Deepavali

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Berhad (PLUS) memberi rebat tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kad PlusMiles, Touch n' Go dan SmartTAG sempena Deepavali.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna kenderaan kelas satu yang membayar tol menggunakan kad elektronik itu akan menerima rebat 20 peratus, Rabu ini dan 10 peratus pada Isnin dan Jumaat.

“Pengguna akan menerima rebat itu jika membayar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Elite, Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Butterworth-Kulim sepanjang tiga hari berkenaan dan tidak tertakluk pada masa tertentu,” katanya.

Katanya, rebat boleh dituntut di mana-mana pusat khidmat pelanggan sepanjang lebuh raya PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka pada bulan berikutnya. Bagaimanapun tiada rebat kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Plaza Tol Bangunan Sultan Abdul Samad. – BERNAMA


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RebattolPLUSsempenaDeepavali/Article
 
nk kena top up dulu kad t&g ni..
 
Kalau deepavali cuti dua hari sedap ar jugak..
Ni tengah-tengah hari Rabu.. tak ke mana la jawabnya :)
 
Back
Top
Log in Register