combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,392
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,392
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Gambar fail
Kerajaan MADANI mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian daripada langkah menyeluruh kerajaan membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup khususnya menjelang musim perayaan.
“Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).
Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA), katanya yang juga Menteri Kewangan.
Berita lanjut menyusul...
Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri - PM Anwar
Anwar Ibrahim, diskaun, tol, 50 peritus, Aidilfitr