kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Tan Sri Tommy Thomas (kanan)
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam rayuannya untuk menghidupkan semula saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Datuk Ravinthran N. Paramaguru, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, berkata panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa memandangkan kes jenayah belum bermula ketika saman tersebut difailkan, tindakan bagi salah laku dalam jawatan, penyalahgunaan proses dan kecuaian adalah jelas pramatang.
“Kami juga mendapati tort penyalahgunaan proses tidak wujud dalam undang-undang kita,” kata Ravinthran yang bersidang bersama-sama Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Nadzarin Wok Nordin.
Mahkamah menolak rayuan Najib dengan kos RM12,000.
Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Nov 2022 yang membatalkan samannya terhadap Thomas.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah memfailkan saman tersebut pada 22 Okt 2021 yang mendakwa Thomas menyalahgunakan kuasanya apabila mendakwa beliau berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ravinthran juga berkata Mahkamah Tinggi telah mendapati bahawa Thomas mempunyai kekebalan dan tindakan beliau tidak boleh diadili.
“Berhubung isu kekebalan dan kebolehadilan, kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan kekebalan kepada Peguam Negara berhubung saman sivil yang difailkan terhadapnya secara peribadi.
“Kes yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi tidak terpakai kerana terdapat kes jenayah yang menyaksikan budi bicara Peguam Negara telah dicabar,” katanya.
Rayuan Najib Untuk Hidupkan Semula Saman Terhadap Tommy Thomas Ditolak
mahkamah rayuan, Najib Razak, Tommy Thomas, keputu