BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rayer Dilantik Sebagai Pengerusi PHEB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,608
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,608
Reaction score
323
Points
141
4e9dbbce0a0e61e2edd4d1e3653a4c9668986927a4fe8


Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer sebagai Pengerusi lembaga itu berkuat kuasa dari 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

Menurut kenyataan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pertama PHEB yang berlangsung pada hari ini dan turut melantik Senator Dr A. Lingeshwaran sebagai Timbalan Pengerusi.

"Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S. Sundarajoo dilantik sebagai Exco yang bertanggungjawab menyelaras hal-hal berkaitan dengan kerajaan negeri.

"PHEB berharap dapat bekerjasama di bawah kepimpinan RSN Rayer untuk berkhidmat dan memperkasakan komuniti Hindu di Pulau Pinang," menurut kenyataan itu hari ini.

Pada 1 Ogos lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan 19 Pesuruhjaya PHEB baharu bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

Selain Rayer dan Lingeshwaran, antara yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam K. Kumaran, ADUN Batu Uban A. Kumaresan dan Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk J. Dhinagaran.

 
tak tahu plak ade wakaf
 
Back
Top
Log in Register