BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Norihan Jalal Dilantik Semula Sebagai Pengerusi SKM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
d3bf22a539de5107bcf9ea8081520c1869e1a87902f68

Kredit: FB SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melantik semula Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusi SKM, yang berkuat kuasa semalam.

SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu diyakini mampu memperkukuh peranan suruhanjaya berkenaan sebagai badan peneraju pembangunan gerakan koperasi negara selaras dengan aspirasi kerajaan memperkasakan sektor itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi inklusif, mampan dan berdaya saing.

“Pelantikan ini juga mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam memastikan agenda pembangunan koperasi terus dipacu secara strategik, progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Kepimpinan akan meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperluas impak gerakan koperasi kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

SKM turut menzahirkan keyakinan bahawa gerakan koperasi di bawah kepimpinan Ahmad Norihan akan terus berkembang maju, berdaya tahan dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara.

 
Back
Top
Log in Register