balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Melaka: “Isteri saya cuba mencabut hos yang terbakar dari tong gas, namun secara tiba-tiba api menyambar tangan kiri dan kedua-dua kakinya sebelum dia jatuh serta meraung kesakitan.”
Begitu kata peniaga, Ahmad Abu Hassan, 47, menceritakan detik cemas menimpa isterinya, Halimah Che Nor, 42, yang cuba memadam kebakaran pada hos berkenaan sebelum ia memusnahkan keseluruhan kediaman mereka di Jalan Pulau Gadong, Klebang di sini, semalam.
Kebakaran kira-kira jam 11.40 pagi itu mengakibatkan Halimah yang melecur di tangan kiri dan kedua-dua kaki dikejarkan ke Hospital Melaka.
Ahmad berkata, sebelum kejadian dia sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat, manakala isterinya menyediakan tempahan katering sebelum mendapati hos yang menyambungkan dapur memasak dan tong gasnya terbakar
“Saya hanya menyedari kejadian selepas mendengar isteri menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat dia jatuh dan mengalami kecederaan, manakala hos berkenaan terbakar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Raunganisteridisambarapi//Article