BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratusan ikan pari terdampar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201


Tanjong Karang: Penduduk di Pantai Sungai Kajang, di sini, gempar apabila ratusan ikan pari dipercayai terdampar di kawasan pantai itu, semalam.

Perkara itu sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada penduduk di situ.

Menerusi hantaran status dan gambar dimuat naik di Facebook, belum ada kepastian bagaimana ikan pari terbabit boleh terdampar.

Malah, di ruangan komen pula, terdapat video yang memaparkan beberapa nelayan di dalam bot membawa naik ikan itu ke jeti nelayan.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendakwa ikan pari berkenaan tidak terdampar sebaliknya hasil daripada membelat.

"Ini cerita semalam. Orang (nelayan) membelat dapat hasil satu tan dan bukan ikan terdampar seperti yang sedia maklum," katanya.

Sementara itu, Harian Metro berusaha mendapatkan komen Jabatan Perikanan Selangor berhubung perkara itu.


IKAN pari dipercayai terdampar di kawasan Pantai Sungai Kajang mencetuskan tanda tanya penduduk. FOTO ihsan pembaca



== hmetro
 
Back
Top
Log in Register