BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasukan kuasa mistik

akuehebat

Super Active Member
gem
Messages
9,377
Joined
Jan 12, 2012
Messages
9,377
Reaction score
1,143
Points
141
SERAMAI 29 pekerja sebuah kilang pakaian di wilayah Kampong Speu, Kemboja pengsan Jumaat lalu didakwa akibat dirasuk kuasa mistik, kata seorang pegawai kerajaan.

Pengarah jabatan buruh Daerah, Cheak Borin berkata, kejadian bermula apabila seorang wanita tiba-tiba berdiri semasa bekerja dan mula bercakap dengan suara gagap dan menuding jari ke arah semua orang secara agresif.

“Semua orang ketakutan dan mereka mula pengsan. Wanita itu sering pengsan, tetapi kali ini tindakannya sangat agresif,” kata Borin.

“Selepas memeriksa video kamera keselamatan litar tertutup, mungkin ada semangat mistik di dalam tubuhnya.”

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Ovann berkata, pekerja mengalami masalah pemakanan yang teruk.

“Mereka kekurangan gula, kalsium dan bekerja terlalu kuat. Mereka dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama,” katanya.

Syarikat Sabrina Garment Manufacturing mempunyai antara 600 hingga 700 orang pekerja di setiap bangunan dengan jumlah keseluruhan pekerja seramai 6,000 orang.
 
sampai org kemboja jinn ganggu..
rasanya Qarin yg bangkit akibat tuan badan jadi lemah..
 
Back
Top
Log in Register