BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Rasmi, Samsung Umum One UI 6

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Samsung awal pagi hari ini secara rasminya mengumumkan One UI 6.0 di Persidangan Pembangun Samsung 2023 (SDC 2023). Samsung sudah pun membuka Program Beta One UI 6.0 pada 11 Ogos 2023 lepas untuk pengguna siri telefon pintar Galaxy S23. Antara beberapa ciri baharu yang ditonjolkan di SDC23 termasuklah Panel Pantas yang diperbaharui, muka taip eksklusif baharu yang dipanggil One UI Sans, yang meningkatkan kebolehbacaan, alatan penyuntingan foto AI baharu seperti Photo Remaster dan Object Eraser serta ciri baharu yang dikenali sebagai Samsung Studio.

Screenshot-2023-10-06-at-11.32.57-AM.jpg


Screenshot-2023-10-06-at-11.31.14-AM.jpg


Screenshot-2023-10-06-at-11.30.22-AM.jpg


Screenshot-2023-10-06-at-11.29.11-AM.jpg


Walaupun Samsung tidak menyatakan bilakah mereka akan mula menawarkan One UI 6 kepada pengguna, tapi pengumuman rasmi ini memberikan bayangan bahawa Samsung akan menawarkan One UI 6 sebelum berakhirnya tahun 2023 ini juga secara berperingkat kepada model-model telefon pintar Galaxy yang menyokongnya.​
 
Progam Beta One UI 6 Di Perluaskan Kepada Samsung Galaxy A52 &Galaxy M23

Selepas melancarkan Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 dengan Android 14 beta, Samsung memperluaskan program beta mereka ke beberapa buah peranti Galaxy yang lain iaitu Galaxy A52 dan Galaxy M23 5G. Kedua-dua jenis peranti Galaxy ini adalah antara yang bertuah untuk mendapatkan One UI 6 beta. Pembaharuan ini telah disahkan bagi Galaxy A52 di Korea Selatan dan telah tersedia bagi Galaxy M23 di India. One UI 6 beta ini memerlukan storan sebanyak 2.6GB dan disertakan sekali bersama patch (tampalan) keselamatan Oktober 2023.

Sehubungan dengan itu, Galaxy M23 akan lengkap dengan versi firmware E236BXXU4ZWJ2 tetapi belum dimaklumkan lagi untuk Galaxy A52. Bagi pengguna Samsung yang ingin memuat turun beta ini, mereka perlu menyertai program beta ini dengan memuat turun aplikasi Samsung Members dan tekan sepanduk jemputan (invite banner) pada skrin utama. Setelah anda telah didaftarkan, anda perlu pergi ke halaman 'Settings' dan "Software Update" serta tekan muat turun untuk pasang One UI 6 beta ke dalam peranti anda.

Setakat ini, program beta One UI 6 adalah untuk peranti Galaxy S23, S22, A54, A53, Z Fold 5, Z Flip 5, A34, A52 dan A23 sahaja. Hal ini kerana pelancaran beta ini sukar untuk diramalkan dan tidak jelas akan kehadirannya di peranti mana selepas ini.​

1697623195581.png

Sumber asal Android Authority
 
Back
Top
Log in Register