BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rani lembu terkecil dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
DUNIA | Lembu Terkecil Dunia Umpama “Selebriti” Di Bangladesh

Ribuan penduduk di Bangladesh berkemungkinan dikenakan tindakan selepas mengingkari arahan sekatan pergerakkan di negara itu.

Tindakan itu hanya untuk melihat lembu katik yang berukuran 51 sentimeter.

Diberi nama Rani, ia didakwa sebagai lembu terkecil di dunia oleh pemiliknya.

Gambar Rani sebelum ini tersebar di media sosial sekaligus menjadikan lembu berusia 23 bulan ini umpama “bintang” di negara itu.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3 #Seantero

 
Jangan ada golongan pergi sembah lembu macam yahudi sembah lembu samiri.
 
Jangan ada golongan pergi sembah lembu macam yahudi sembah lembu samiri.
Bangladesh negara Islam tp ada jgk la yg agama hindu xbnyk....klau kt India dh jd dh rasanya
 
FB_IMG_1625965366067.jpg
FB_IMG_1625965369518.jpg
FB_IMG_1625965372763.jpg
FB_IMG_1625965374813.jpg
FB_IMG_1625965376879.jpg

Rani lembu terkecil dunia

Dhaka: Seekor lembu kerdil di Bangladesh yang hanya memiliki ketinggian 50.8 sentimeter (cm) mencuri tumpuan hingga menarik kunjungan ribuan pengunjung ke sebuah ladang bagi melihat haiwan itu dengan lebih dekat.

Mirror UK melaporkan lembu berusia 23 bulan diberi nama Rani itu dikatakan mengalami masalah pembesaran terbantut dan menjadi 'selebriti haiwan' dalam tempoh sekatan pergerakan.

Biarpun ada larangan pergerakan menaiki kenderaan di seluruh negara kerana peningkatan kes jangkitan, ribuan penduduk tetap datang ke ladang pertanian di Charigram yang jaraknya 30.57 kilometer (km) dari Dhaka.

Pemiliknya, M A Hasan Howlader percaya lembu peliharaannya itu adalah yang terkecil di dunia.

Rekod terkini dipegang oleh Manikyam, lembu baka Vechur dari Kerala yang mempunyai ketinggian 61.1 sm saja.

Rani adalah baka lembu Bhutan dari subspesies sama dengan Manikyam.

Mengulas mengenai populariti sekelip mata dikecapi Rani, pengurus ladang memberitahu tidak menjangkakan sambutan sebegitu rupa.

"Kami tidak menyangka orang ramai akan keluar dari rumah disebabkan situasi Covid-19 yang teruk ketika ini.

"Bagaimanapun, mereka sanggup memandu untuk datang ke sini," katanya.

Sementara itu, Sajedul Islam, ketua doktor haiwan wilayah memaklumkan Rani adalah produk pembiakan genetik dan tidak mungkin ia menjadi lebih besar

Menurut Sajedul, dia sudah memberitahu pengurusan ladang untuk menyekat kemasukan pengunjung.

"Saya memberitahu pihak pengurusan bahawa mereka tidak boleh membiarkan orang ramai terus berkunjung ke ladang.

"Ini kerana pengunjung itu mungkin membawa penyakit di sini yang mengancam kesihatan Rani," katanya. - Agensi

Hasan melaporkan pada 7 Julai bahawa lebih 15,000 pengunjung datang menemui Rani dalam tempoh tiga hari selepas akhbar tempatan dan saluran televisyen menyiarkan kisahnya.

Kebanyakan pengunjung datang untuk berswafoto dengan Rani.

"Jujurnya, kami sudah letih," katanya.

Hasan dikatakan sudah menghantar maklumat Rani kepada Guinness World Record bagi membuat penilaian kerana yakin lembu peliharaannya itu adalah yang terpendek di dunia.

Guinness World Records dilaporkan akan memberi keputusan dalam tempoh 90 hari selepas permohonan.


#Harianmetro
 
Kesian la binatang tu, muka macam tak happy saja.
Mungkin dia pun sedar kekurangan diri dia..
 
Kalau tak silap , kuda pun ada spesis katik mcm ni kan? Selalu jadi pet bela dalam rumah dan ada yg latih utk bawa orang buta jalan..
 
Back
Top
Log in Register