ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Sheikh Muszaphar Shukor bersama Azrin Sabirin (kanan) dan Ariffin Sabirin semasa diperkenalkan sebagai duta Wasiyyah Shoppe di Kuala Lumpur, kelmarin.
KUALA LUMPUR 29 Mac - Masyarakat di Malaysia selalu tersalah faham dengan menganggap orang yang sudah berumur lanjut sahaja yang perlu merancang harta mereka, sedangkan hakikatnya jika berlaku kematian dalam kalangan golongan muda yang berharta, waris-waris mereka akan lebih terjejas.
Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Azrin Sabirin berkata, dalam pengalaman pihaknya, bila berlaku kematian orang yang sudah berumur, waris-waris mereka akan berhadapan dengan cabaran untuk melalui proses perundangan dan permuafakatan waris.
Katanya, sekali pun proses ini lambat selesai, waris-waris tidak terjejas kehidupannya kerana mereka sudah pun bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Namun ujarnya, jika golongan muda pula meninggal dunia, waris-waris mereka yang terdiri dari anak-anak di bawah umur 18 tahun dan masih bersekolah, bukan sahaja berhadapan dengan cabaran proses perundangan dan permuafakatan, malah faktor masa juga sangat kritikal kerana waris-waris si mati yang masih bersekolah ini memerlukan perbelanjaan yang banyak.
"Lebih lewat proses ini selesai, semakin lewat mereka menerima harta pusaka si mati, semakin tertekan situasi waris.
"Kami biasa berjumpa dengan kes di mana-mana pasangan terutamanya balu yang kematian suami terpaksa bertungkus lumus mencari pendapatan bagi meneruskan kehidupannya dan anak-anak kerana harta pusaka si mati memakan masa yang panjang untuk diselesaikan kerana proses undang-undang dan permuafakatan waris," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azrin berkata, ini dibuktikan apabila 70 peratus daripada 36,000 pelanggan Wasiyyah Shoppe terdiri dari golongan yang berumur 55 tahun ke atas.
Dalam konteks ini katanya, Wassiyah Shoppe sebagai pakar perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam di Malaysia melantik Angkawasan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor sebagai duta dan jurucakap syarikat itu dalam usaha menarik golongan profesional muda untuk merancang harta mereka mengikut kaedah syariah.
Sementara itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau adalah merupakan seorang daripada 36,000 pelanggan Wasiyyah Shoppe di seluruh negara.
"Saya telah mengkaji dan menilai sistem yang digunakan oleh Wasiyyah Shoppe yang mematuhi hukum Syariah dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara Islam. Keyakinan ini mendorong saya menerima tawaran sebagai duta syarikat ini,'' katanya.