BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rampas ganja RM522,000

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
301216df1_1483078602.jpg


Alor Setar: Polis merampas 174 ketulan mampat ganja dianggarkan bernilai RM522,000 dari kenderaan pacuan empat roda yang terbabas di Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon dekat Titi Kerbau, selepas dikejar kereta peronda polis, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian 7.30 malam itu dua anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau yang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Kampung Rambai, Guar Nangka, Arau, menahan kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran Thailand itu yang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika seorang anggota polis memeriksa di ruang simpanan belakang, berlaku pergelutan antara rakannya dengan pemandu disyaki pengedar dadah itu.

"Anggota terbabit cuba membantu rakannya, namun pemandu itu dapat melarikan diri selepas menghidupkan enjin dipercayai menggunakan kunci pendua.

"Suspek turut melepaskan tembakan rambang dengan pistol ke arah polis dan dibalas anggota polis yang mengenai tayar hadapan dan belakang kenderaan dinaikinya," katanya.

Menurut sumber, anggota peronda kemudian mengejar kenderaan suspek dan menghubungi bilik gerakan Arau serta meminta bantuan polis Kedah kerana kenderaan suspek menghala ke Changloon, Kedah.

"Kira-kira 30 minit dikejar kenderaan suspek terbabas ke kiri jalan selepas melepasi lampu isyarat di Kampung Titi Kerbau, namun suspek berjaya melarikan diri ke kawasan kebun getah berhampiran.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan saspek, menjumpai 174 ketulan ganja mampat di bahagian dalam 'bucket' belakang kenderaan yang diubah suai serta di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Kata sumber, barang kes dibawa ke Balai Polis Arau untuk tindakkan lanjut dan difahamkan Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof akan mengadakan sidang media berkaitan petang ini.


sumber: http://www.hmetro.com.my/node/192824




-
 
JpHang p mana, hang p mana, hang p mana...

30 minit kejar, kurang2 15 minit sebelum dah roger changlun...

Bukan jauh pon oi
 
lepas rampas dadah ni... mana pi dadah ni nanti yer?
 
serah ke io kes.....io hantar jabatan kimia untuk analisis

pastu drg bakar kan bos? x lalok ke org yg berhampiran bila terhidu dadah/ ganja kn bakar?
senyum je sorg2 balik lepas upacara pelupusan..ke mcm mana kaedah pelupusannya bos? :-?
 
mcm tau2 je mencurigakan

klo bakar ekonomi xbgerakla. heh
 
Tak lama nanti KDRM kenakan GST untuk bahan-bahan sejenis ni.
 
Back
Top
Log in Register