BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maritim Malaysia Rampas 50 Kg Ganja Di Kuala Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1ab8cc66a051b218e12bb273c4a163cb699c2abb5d082

5d43a47c28afefa5877f95560d5f70d9699c2ac577b92

9ea81849f61644907094935b1c494123699c2acf702a4

c10d9e7c8493812ad9bb2745ce792050699c2aee34fe6


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas kira-kira 50 kilogram (kg) ganja dianggarkan bernilai RM150,000 yang dipercayai cuba diseludup masuk melalui laluan laut di kawasan pesisir pantai Kuala Perlis, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata rampasan itu dilakukan anggota Zon Maritim Kuala Perlis ketika melaksanakan rondaan Ops Aman dan Ops Tiris 3.0 selepas menerima maklumat mengenai objek mencurigakan yang ditemukan kira-kira 500 meter dari pesisir pantai.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tiga guni plastik mengandungi 49 ketulan daun kering mampat yang disyaki ganja,” katanya pada sidang media di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, hari ini.

Romli berkata kejadian dikesan pada 2.05 pagi ketika air pasang, dan bungkusan berkenaan dipercayai diletakkan di kawasan berbatu sebagai lokasi pendaratan sementara sebelum diambil pihak penerima di darat.

Beliau berkata sindiket terbabit dipercayai menggunakan bot kecil jenis ‘ekor biawak’ dan beroperasi pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, sebelum meninggalkan bekalan di lokasi terpencil berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.

“Jika terlepas ke pasaran, bekalan 50 kg ini dipercayai boleh digunakan oleh sehingga 50,000 pengguna, berdasarkan anggaran satu gram bagi setiap pengguna,” katanya, sambil memaklumkan semua rampasan dadah itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register