BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia Ditahan Di India Bawa 4 Kg Ganja Hidroponik - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Rakyat Malaysia Ditahan Di India Bawa 4 Kg Ganja Hidroponik - Polis​

47a4b858a97c47ec027cf4d79eae52bb6a7adcdadeec5

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia berusia 54 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India ketika cuba membawa masuk empat kilogram (kg) ganja hidroponik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki dari Perak itu menaiki penerbangan Thai Airways dari Bangkok, Thailand ke Chennai pada 8 Ogos.

“Pemeriksaan pihak Kastam Chennai menemukan dadah tersebut disembunyikan dalam bagasi milik lelaki itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussein berkata lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata suspek akan disiasat mengikut Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Act 1985 sementara menunggu perbicaraan.

“JSJN akan terus berhubung dengan pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) India untuk mendapatkan butiran lanjut kes itu dan menyiasat rangkaian sindiket terlibat,” katanya.

Semalam, media melaporkan pemeriksaan X-ray terhadap bagasi lelaki itu menunjukkan imej mencurigakan dan  pemeriksaan lanjut menemukan empat bungkusan mengandungi bahan berwarna kehijauan, berketul serta berbau kuat.

Bungkusan itu disembunyikan dalam ruang khas pada bahagian bawah bagasi daftar masuk dan ujian menggunakan kit pengesanan dadah mengesahkan bahan tersebut positif ganja dengan berat bersih 4.033 kg.

 
Back
Top
Log in Register