BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramalan Gempa Bumi di Malaysia

tomie

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
74,084
Joined
Dec 25, 2006
Messages
74,084
Reaction score
8,321
Points
886
ne_01.4.jpg



Pencemaran alam sekitar dilihat boleh memberi kesan drastik kepada tekanan bumi dan mempercepatkan kemungkinan berlaku gempa bumi di negara ini.

Lebih menakutkan, Malaysia juga bukan lagi zon selamat dan kalis gempa seperti disangka sekiranya faktor itu tidak diberi perhatian sewajarnya.

Itu pendapat Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan yang menganggap fenomena itu tidak mustahil berlaku memandangkan siri gempa bumi yang melanda dunia telah memberi sedikit impak kepada keadaan geologi.

"Trend ini (gempa bumi) dilihat berlarutan dan kemungkinan fenomena tsunami yang berlaku lima tahun lepas mampu berulang. Justeru, teori yang menyebut negara 'bebas gempa' perlu dikaji semula," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, tempoh masa spesifik bila bencana itu berlaku tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada gelombang dan pergerakan kepingan kerak bumi.

Selain faktor semula jadi, katanya, antara petanda awal lain kepada ancaman tsunami di negara ini adalah migrasi burung dan berlaku penghijrahan hidupan laut dalam jumlah yang besar ke darat.
 
Last edited:
subhanallah..minta dijauhkan la kita dari kejadian sebegini..
 
lingkaran tu dah memasuki perairan malaysia 40%...
 
ya allah jauhkanlah negaraku dari bala bencana ini. amin....
 
Back
Top
Log in Register